CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fahdramli

[Pelbagai] Tupperware,, ada yang fobia ke?

  [Copy link]
Post time 23-1-2020 02:42 PM | Show all posts



PETALING JAYA: Golongan suami pasti tidak keruan apabila ‘harta’ kesayangan isteri iaitu bekas makanan jenama terkenal hilang atau tercicir.

Begitulah yang dihadapi seorang suami apabila bekas jenama Tupperware yang berisi makanan tengah hari masakan isteri, tertinggal semasa menggunakan pengangkutan awam MRT, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Namun dia bernasib baik kerana bekas tersebut ‘selamat’ selepas laman Facebook Rapid KL membuat posting pengumuman mencari pemiliknya, dengan memuat naik gambar beg berserta bekas berwarna hijau pucuk pisang itu.

“Kepada pemilik Tupperware ini, sila datang ke MRT TTDI dengan kadar segera. Tertinggal nasi dengan kari ayam, kami boleh habiskan. Tapi tertinggal Tupperware mak, memang cari pasal,” menurut catatan pengendali laman sosial itu pada Khamis.

Suami bertuah itu kemudian memberi respons di ruang komen status berkenaan bagi memaklumkan bahawa dirinya adalah pemilik bekas tersebut.


Dia turut memberitahu bahawa lauk di dalam bekas makanan itu sebenarnya adalah ayam masak lemak, bukannya kari ayam seperti yang diuar-uarkan.

“Salam Min (panggilan ‘admin’), di sini saya nak betulkan sikit dalam tu bukan kari ayam, tapi sebenarnye masak lomak ayam.

“Maaf di atas kesulitan. Saya akan datang bersama seorang saksi untuk mengesahkan pemilikan barang nak dekat waktu makan tengah hari nanti,” kata seorang netizen bernama Azeim Cash.

Dalam respons yang sama, dia turut memberitahu isterinya mengenai status bekas makanan tersebut: “Asmahan Abas, Tupperware kita selamat sayang... huhu. Terima kasih min.”


Di halaman Facebook Azeim Cash, dia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Rapid KL kerana menyimpan dan menyerahkan semula beg yang berisi bekas makanan itu dan tidak dilupakan, individu yang menjumpainya.

“Sejujurnya saya sangat berterima kasih kepada seluruh warga kerja Rapid KL terutama min Rapid KL, petugas di kaunter hadapan di Stesen MRT TTDI dan tidak dilupakan insan yang baik hati yang menyerahkan beg ini. Tindakan ikhlas dan pantas anda sangat dihargai.

“Saya gembira untuk memberitahu Tupperware saya berada dalam keadaan selamat, siap dibasuh dan saya tidak kebuluran akibat tidak makan tengah hari tadi,” katanya.


Dia turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberi tip, amaran dan sokongan moral susulan insiden tercicir bekas yang menjadi kesayangan kaum isteri itu.

“Anda berjaya menghindar sebuah krisis!,” katanya secara berseloroh, berikutan hilangnya ‘harta’ kesayangan itu mungkin boleh mengundang kemarahan kaum isteri.

“Kepada isteri Asmahan Abas, sedap sungguh masak lomak hasil air tangan awak, hehehe,” katanya.

Pengumuman oleh pengendali halaman Facebook Rapid KL itu turut mengundang respons si isteri mengenai penemuan bekas tersebut di stesen MRT.

“Hurmmmmm. Kita baru tinggalkan pergi kursus empat hari dah tertinggal Tupperware. Nasib baik @rapidkl iklankan. Terima kasih min.

“Abang (panggilan buat suami), bagi min jelah makan masak lomak ayam tu. Kat rumah ada seperiuk lagi. Tapi Tupperware bawa balik ye,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman tupperware akak dah berlalu. Akak pakai container nipis je yang boleh microwave tue.. Anak nak kasi hilang pon, kasi la. Malas dah mak nak marah2 soal siasat bagai. Kalau container nipis tu pon kau hilang kan, mak bagi plastik hotdog je. Padan muka. Sapa suh tak reti nak jaga. Tapi lepas marah anak2 gelak juga dalam diam. Tengok muka diorang confess tupperware hilang tu, muka macam tikus terceret je saja akak buat muka garang, kasi takut sikit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 01:25 PM | Show all posts
Masa sekolah dulu kalau bawak bekal, selalu mak iols bungkus dalam bekas pembungkus je sebab lepas makan boleh terus buang. Tak tau kenapa satu hari tu mak iols isi bekal dalam tupperware, rasanya stok pembungkus tu dah habis kot. Banyak kali pesan kat iols pastikan jangan tertinggal. Sebab iols sejenis budak yang mudah tertinggal barang. Hehe. Ulang2 lah mak iols pesan.

Tapi nampaknya pesanan hanya tinggal pesanan, since then mak iols memang takkan bagi dah iols bawak tupperware. Hehe. Fobia dah kot. Hehe

Tapi now minat mak iols kepada barang tupperware tu, menurun kat iols pulak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 23-1-2020 06:42 AM
PETALING JAYA: Golongan suami pasti tidak keruan apabila ‘harta’ kesayangan isteri iaitu bek ...

Amboi siap ada sokong an moral dan tips gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
blusher replied at 2-2-2020 05:25 AM
Masa sekolah dulu kalau bawak bekal, selalu mak iols bungkus dalam bekas pembungkus je sebab lepas m ...

Kau dah pernah lalui zaman ketakutan kan, so nanti anak kau hilang kan tupperware, jangan kau bising ye kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 02:19 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 2-2-2020 02:13 PM
Kau dah pernah lalui zaman ketakutan kan, so nanti anak kau hilang kan tupperware, jangan kau bisi ...

Masalahnya rajin ke iols nak sediakan bekal tu. Hahahaha. Beli je la nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tupperware mahal kot. X boleh suka2 bagi org pinjam. Kalau anak2 atau hubby ada jamuan kt sekolah atau tempat kerja, aku punya pesanan suh jaga tupperware tu sampai diorang naik menyampah nk dengar  
Kalau nk bagi lauk kr org ke, guna tipuware je bekas2 beli tau fu fa tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 02:05 PM | Show all posts
matkpop replied at 22-1-2019 03:25 PM
Lima belas tahun adalah satu masa yang lama. Lebih dari rindu. Tiada perkataan dapat menggambarkan b ...

adoi apit, dpt gaji ko belikan la mak ko tuppaware byk2 ye.. stress baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 02:08 PM | Show all posts
btw kat ofis iols tiap kali birthday memang bagi hadiah tupperware je huhu. acik2 ni pun ramai sgt yg jd agen tupperware. sampai terjebak jugakla beli untuk pakai sendiri je la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 10:44 AM | Show all posts
haha...tupperware is a nightamare la...


husband  i asyik srh jual je yg bersusun tinggi kt dlm almari i....adoi..sedih tu....klu sng2 berguna juga benda tu....hahaahha.....

jgn la hilang...meraung i...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak basuh bila berminyak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nie kalu hilang mmg mrh la mak aq
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 05:34 PM | Show all posts
pantang tengok .. mesti nak beli .. hadiah paling evergreen
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls mampu tgk jer Tupperware..haha..yg memang  hantu KakLong iolss..segala mcm jenis Tupperware ader..byk betul koleksi dia..maybe kalau hilang sebijik tu mengaum satu umah kot..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.344113 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list