CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1266|Reply: 3

Cristiano Ronaldo Didenda 18.8 Juta Euro Kerana Elak Cukai

[Copy link]
Post time 22-1-2019 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Cristiano Ronaldo ialah pemain bola sepak dari Portugal yang berbakat besar. Ronaldo kini bermain untuk sebuah kelab Itali iaitu Juventus.


Kredit foto: Instagram Cristiano Ronaldo


Dia bukan sahaja memiliki bakat yang luar biasa, tetapi juga terkenal kerana mempunyai rupa yang kacak serta seorang yang prihatin dengan kanak-kanak mangsa perang dan anak-anak miskin.


Ronaldo sangat suka membuat amal kebajikan dengan menderma.



Kredit fotonstagram Cristiano Ronaldo


Ronaldo sudah pun mempunyai empat orang anak, tetapi dia masih belum berkahwin sehingga kini. Ketiga-tiga anaknya dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang yang memang amat sinonim dengan pemain bola sepak itu.


Manakala anak keempatnya dilahirkan hasil hubungannya dengan tunangnya Georgina Rodriguez.




Kredit fotonstagram Cristiano Ronaldo



Kredit foto: Hola



Terkini, Cristiano dilaporkan kembali ke Madrid pada 22 Januari 2019 untuk menghadiri percubaan kes pengelakan cukai di mahkamah.


Isu ini sebenarnya dibawa ke mahkamah sejak tahun lalu di mana Ronaldo didakwa mengelak cukai sebanyak 14.7 juta Euro dalam tempoh tahun 2011 hingga 2014.



Kredit fotonstagram Cristiano Ronaldo



Menurut pihak pendakwaraya, Ronaldo telah menubuhkan sebuah syarikat di British Virgin Islands pada tahun 2010. Dia kemudian memindahkan hak kepada syarikat kedua di Ireland semata-mata untuk mengelirukan pihak penguatkuasa cukai.


Atas sebab ini, Ronaldo dikenakan denda sebanyak 18.8 juta Euro oleh pihak penguatkuasa cukai Sepanyol.


Walau bagaimanapun, dia tidak akan dikenakan hukuman penjara kerana menurut undang-undang di Sepanyol, pesalah yang melakukan kesalahan kali pertama di bawah tempoh hukuman dua tahun, layak diberikan tempoh percubaan.


Ronaldo dijangka akan membuat pengakuan bersalah serta bersetuju membayar sejumlah denda seperti dinyatakan.





Kredit fotonstagram Cristiano Ronaldo



Nampaknya, ramai juga figura besar yang mengelak cukai. Ini bukanlah kali pertama kita mendengar hal sebegini. Anda rasa wajar atau tidak wajar tindakan mereka ini?  -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn hanya target jerung, ikan bilis pun banyak yg lari cukai.... sabsidi nak cukai x mo bayar
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Comei la baby girl tu  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr2 dia sblm famous ... Hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 1.144978 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list