CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10782|Reply: 91

[Tempatan] [Kisah Cikgu] Guru patah pinggang panjat lokap

[Copy link]
Post time 21-1-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Guru patah pinggang panjat lokap

Oleh Nur Saliawati Salberi
[email protected]


MELAKA: Seorang guru sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini, yang direman bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii cedera parah selepas dipercayai mencederakan diri sendiri.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika lelaki berusia 40-an itu yang juga warden asrama sekolah berkenaan berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sini.

Sumber berkata, lelaki itu ditemui dalam keadaan lemah di dalam lokap oleh anggota bertugas, sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Dia dipercayai memanjat jeriji besi lokap yang tingginya lebih tiga meter untuk mencederakan dirinya.

“Anggota bertugas yang menyedari kejadian kemudian mendapatkan bantuan kecemasan, sebelum lelaki itu di bawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, lelaki terbabit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka dan dilaporkan mengalami patah pinggang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Media semalam melaporkan, perbuatan seorang warden asrama sekolah yang berulang kali didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii, akhirnya terbongkar apabila mangsa yang juga pelajar di bawah jagaannya membuat laporan polis.

Warden asrama itu ditahan kelmarin dan direman selama tujuh hari bermula semalam.

Penahanan dilakukan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman sehingga 26 Januari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu Sains dia nih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 09:58 PM | Show all posts
semoga lumpuh terus
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tak berfungsi terus lg bagus..selamat anak org
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut pun.. Masa buat tak ingat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nak bunuh diri pulop lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-1-2019 09:55 PM
Cikgu Sains dia nih.

Eh? Kebetulan. Cikgu gay pedo tempat ai pon cikgu Sains juga. Cikgu cemerlang okeh. Baru dipindahkan dari sekolah lama last year sebab hada kes memedo dengan pelajar. Pengetua tatau. Dah terima perpindahan heol, baru dia taw. Cilakak pengetua sekolah lama dia diamkan kes dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-1-2019 10:06 PM
Eh? Kebetulan. Cikgu gay pedo tempat ai pon cikgu Sains juga. Cikgu cemerlang okeh. Baru dipindahk ...

Buang tidak.

Asik pindahhhhhhkan aja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-1-2019 10:06 PM
Eh? Kebetulan. Cikgu gay pedo tempat ai pon cikgu Sains juga. Cikgu cemerlang okeh. Baru dipindahk ...

Chuols agak dia : -

1)  nak check anus?
2)  nak check organ pembiakan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:15 PM | Show all posts
Syd replied at 21-1-2019 10:04 PM
Jgn nak bunuh diri pulop lepas ni

Dia panjat tu sbb nak bunuh diri lah tu....
patah pinggang le pulak...


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-1-2019 10:07 PM
Buang tidak.

Asik pindahhhhhhkan aja.

Takat skendel seks jangan harap la ummah gomen dibuang Syd. Mmg sedari dolu dipindahkan je huntok damage kuntrol.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-1-2019 10:08 PM
Chuols agak dia : -

1)  nak check anus?


Nak buat amali secara lansung kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
apa sebenarnya maksud amang ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
amang tu sejenis lemang yang disumbat dlm lubang kunyit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:45 PM | Show all posts
dah buat salah..lepastu pura2 nak cedera kan diri sendiri..
nanti mesti kata depression la tu...
lepastu closed case.
selamat hidup ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehal kesalahan cmni asik pindah sekolah ajA?

Kang org ckp kerjaya guru ni syurga bagi golongan pedo.psl tndkn cume pndab skolan aja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bawalputih replied at 21-1-2019 10:40 PM
apa sebenarnya maksud amang ni

Harassment kut
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FitzTzif at 22-1-2019 12:06 AM
bawalputih replied at 21-1-2019 10:40 PM
apa sebenarnya maksud amang ni


Assault - amang








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah jenis takde iman. Jenayah seksual. Nk bunuh diri.. elok la tk mati tp patah pinggang.. biar terbaring menadah ingat balik dosa2 besar dia.
Memalukan profesion perguruan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham la. Panjat lokap? Jeriji tinggi 3meter? Bukan lokap tinggi nya stendet sampai siling macam rumah biasa ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.082398 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list