View: 7175|Reply: 54
|
Ketua Kumpulan Pornografi Kanak-kanak, Mati Dibelasah Dalam Penjara..
[Copy link]
|
|
Kredit Foto: Oakland County Sheriff's Office
Ketua sebuah kumpulan pornografi kanak-kanak, Christian Maire, 40 tahun yang baru sebulan menjalani hukuman penjara di Milan, Michigan sejak Disember 2018 telah meninggal dunia akibat dipukul sampai mati, menurut beberapa laporan media. Maire merupakan dalang di sebalik sebuah sindiket jenayah yang mengumpan kanak-kanak dan remaja perempuan melalui laman sosial sehingga mangsa-mangsanya terjebak di dalam gejala seksual secara atas talian.
Memetik New York Post, Maire yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun. Beliau telah mengaku bersalah di atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual.
Jurucakap Penjara Milan, Dan Clore berkata, Maire bersama seorang lagi tertuduh, Michal Figura, 36 tahun dipercayai telah diserang oleh beberapa banduan lain. Maire meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian. Menurutnya lagi, serangan itu melibatkan 7 orang banduan dan menyebabkan 4 individu lain tercedera, termasuk 2 pegawai penjara. Sekurang-kurangnya seorang suspek memiliki sebilah pisau buatan sendiri.
Detroit News melaporkan, laporan awal autopsi dari Pejabat Pemeriksaan Perubatan Washtenaw County menyatakan kematian beliau berpunca dari luka tikaman berganda dan trauma tumpul di kepala. Analisis lanjut masih dijalankan dan ia dijangka selesai dalam masa 60 hari.
“Apa yang berlaku adalah satu tragedi dan sepatutnya boleh dielakkan,” ujar peguam beliau, Mark Kriger menerusi satu kenyataan rasmi. Manakala peguam Figura telah menolak untuk mengeluarkan sebarang komen.
Clore memaklumkan bahawa pihak FBI mengklasifikasikan insiden ini sebagai kes pembunuhan dan akan menjalankan penyiasatan yang teliti. Berdasarkan perkembangan terkini, Detroit News melaporkan bahawa suspek-suspek yang terlibat telahpun dikenal pasti namun setakat ini tiada dakwaan dilakukan.
Terdahulu, Maire merupakan seorang pengasas bersama sebuah syarikat grafik komputer manakala Figura merupakan seorang pakar Teknologi Maklumat (IT) yang bekerja di University of Pennsylvania.
Kredit Foto: LinkedIn
Menurut Detroit News lagi, menerusi sebuah kumpulan Internet yang digelar "The Bored Group", beliau bersama ahli-ahli kumpulan yang dipilih oleh beliau secara peribadi telah menyamar sebagai remaja lelaki menggunakan akaun laman sosial dan mengumpan mangsa bawah umurnya ke ruangan "chat" peribadi.
Lebih dari 100 orang mangsa kemudiannya telah dimanipulasi untuk melakukan aksi-aksi seksual. Pihak pendakwaraya mendedahkan bahawa ahli-ahli kumpulan tersebut dikatakan memiliki kecenderungan seksual yang turut merangkumi bayi, kanak-kanak dan remaja perempuan.
Kredit Foto: Pixabay
“Saya telah menghancurkan kehidupan ramai orang,” ujar Maire yang menangis di hadapan Hakim Daerah, Stephen Murphy sewaktu hukuman dijatuhkan.
“Saya tak menyangka saya boleh terlanjur sebegini jauh. Saya memohon maaf kepada kesemua mangsa. Saya telah mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan usia mereka dan meletakkan kepentingan diri sendiri melebihi dari kehormatan mereka,” ujarnya lagi.
Selain Maire, terdapat 5 lagi ahli kumpulan sama yang sedang menjalani hukuman penjara. Serangan ini telah meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli kumpulan yang lain yang turut berada di penjara yang sama. Terkini, laman sesawang rasmi Penjara Milan memaklumkan bahawa kemudahan lawatan telah dibekukan buat sementara waktu. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
YES! RASA LA NGKAU NURAKA DONIA DAN NURAKA AKHIRAT SEKALIGUS! |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya utk dia. RIH ... |
|
|
|
|
|
|
|
CASH
selayaknya |
|
|
|
|
|
|
|
good news so far..
iols rasa yang 'bunuh' dia pun jenis yang trauma psikologi yang menyebabkan cenderung nak bersikap ganas
|
|
|
|
|
|
|
|
cash la untuk ko sebab merosakkan masa depan org2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
syukur Alhamdulillah..hrp yg bunoh die ni x ditmbh hukuman..pedo selayakknye mati saje |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, kat dlm kubur kena belasah lagi, masuk neraka kena belasah lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap banduan Malaysia bolih buat cam tu kepada perogol, atuk dan ayah yg incest dengan cucu dan anak. Biar kojol semua cilanat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak kat poremer @armin
Disebabkan heshe lah acik tgk drama orange is a new black sampai abis. Agaknye setan ni kena bunuh mcm pengawal yg nak bunuh alex tu tak
|
|
|
|
|
|
|
|
Cash lah. Bazir je nak bela kau 40 tahun dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Muka pedo ni so innocent...iols like watttt...so jgn terpudaya ye |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 18-1-2019 05:12 PM
Teringat pulak kat poremer @armin
Disebabkan heshe lah acik tgk drama orange is a new black sampai ...
Hahahaa dah habis tgk dah? Puas hati kan. Baca kes ni teringat cite Shawshank Redemption jgk. Pasni boleh tgk series How to Get away with Murder chuols hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|