Seorang netizen berkongsi pengalaman mengerikan apabila beliau diserang oleh seekor tikus beberapa kali ketika menonton wayang di sebuah panggung yang terkenal di Kota Kinabalu.
Kredit foto: Facebook
Menurut beliau yang menggunakan nama samaran Hyin A Ny, pengalaman itu turut dialami oleh oleh beberapa orang penonton lain. Lebih mengerikan lagi, sepanjang dua jam di dalam panggung, tikus-tikus itu tidak takut dihalau malahan cuba datang menyerang makanannya beberapa kali. 'Tikus itu langsung tidak berganjak walaupun saya cuba memukulnya dengan dengan selipar' kata beliau.
Kredit foto: Facebook
Beliau juga cuba berganjak tempat duduk tetapi tikus itu turut mengekorinya. 'Mungkin tikus-tikus itu sudah menjadikan panggung wayang sebagai rumah kerana mereka tidak takut manusia, lagipun panggung sangat berbau, kalau tikus sesat, biasanya akan lari lintang pukang bila jumpa manusia' tambahnya.
Menurutnya beberapa orang penonton lain juga kendengaran menjerit ketakutan dan percaya bukan beliau sahaja yang menjadi mangsa serangan tikus. 'Saya harap pihak pengurusan memantau kebersihan panggung wayang' katanya dalam satu status yang kini menjadi viral.
Kredit foto: Facebook
Selain beberapa keping gambar, beliau juga memuatkan sebuah video sebagai bukti. Beberapa orang netizen yang membacanya turut berkongsi gambar dan pengalaman mengerikan yang sama di panggung tersebut.
Kredit Foto: Facebook
Dipercayai pihak pengurusan panggung telah diberitahu akan masalah ini dan sedang melakukan pembersihan besar-besaran. Mereka turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas insiden tersebut.
Sebenarnya masalah ini ditambah lagi dengan sikap penonton yang tidak memberikan kerjasama untuk tidak meninggalkan sisa makanan mereka di dalam panggung. - CARI |