View: 1883|Reply: 11
|
[Tempatan]
Golongan bawah umur berpendapatan melebihi RM5K sebulan di wajibkan bayar cukai
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2019 02:11 PM
GAMBAR hiasan
SELEBRITI Internet dan individu lain, termasuk golongan bawah umur, yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial, tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai profesion, dan oleh itu mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.
“Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita pada Program Pemberitahuan Sukarela Khas (SVDP), seminar yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, lembaga itu akan dapat mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat yang membayar untuk perkhidmatan selebriti Internet terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang mereka upah.
Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai.
Bagi kes seumpama itu, ibu bapa atau penjaga masing-masing perlu mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh oleh anak-anak di bawah umur, bagi pihak mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...na-bayar-cukai |
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Engkau dok sebok bawah 5k income and budak2 berpendatan tinggi.
Itu tua bangka dok melaram kehulu kehilir pakai audi, BMW, mesidis, Lexus tu. Masukkan penjara je kalau diaorg Tak bayar tax top bracket personal income tax. Siasat kendian.
Kejar yg to dulu la. Apa bangang. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah deqqqq
jgn nangis ye |
|
|
|
|
|
|
|
Yng dok galak kaya semua siasat tngok2 tipu je income lebat nk ajak orng join mlm |
|
|
|
|
|
|
|
hello socmed famous.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua dia nak kutip miskin cukai... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke dah lama isu ni. tu hah dulu anak cik ta ke anak scha tu yang dapat income ribu riban terus dapat surat dari lhdn kan |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada dlm akta cukai pendapatan 1967 kan. so |
|
|
|
|
|
|
|
Betullah tu. Dah buat income ribu ribu takkan nak elak cukai pulak?
Korang tengok di USA dpt duit menang loteri pun korang kena bayar tax. Dpt bonus pun kena bayar tax.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|