Penyanyi Datin Alyah mengakui dia tidak pernah pun bermimpi atau pun terfikir akan bersuamikan Datuk Ramli MS seperti hari ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Alyah sebenarnya tidak menyimpan perasaan suka terhadap suaminya itu. Malah dia berasa pelik bagaimana keduanya boleh hidup bersama.
"Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun.
"Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya.
Kredit foto: Carian internet
"Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik.
"Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow," katanya, memetik laporan Astro Gempak.
Katanya lagi, jarak umur sebanyak 20 tahun itu mungkin juga menjadikan mereka sering bercanggah pendapat.
Namun, Alyah tidak menafikan keistimewaan suaminya, Tok Ram itu.
"Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya," katanya.
Dalam pada itu, menerusi ruang komen di Instagram, ramai peminat yang mendoakan kedua pasangan ini tetap bersama dan berbahagia sehingga ke akhirnya. - CARI
|