CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3440|Reply: 7

Gula-Gula Dibuat Dalam Keadaan Tercemar, Tapi...

[Copy link]
Post time 17-1-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode




Selepas isu halal Family Mart diwar-warkan, kini Malaysia digegarkan lagi dengan beberapa keping gambar yang mengejutkan tentang pembuatan gula-gula. Gambar tersebut menunjukkan bahan-bahan mentah yang dibuat menggunakan mesin tumpah dilantai serta penghasilan yang tidak kemas.


Sekali pandang memang nampak ia kotor, tetapi adakah betul ia menyalahi prosedur di kilang atau ini sekadar fitnah semata-mata?



Kredit foto: Twitter





Netizen yang percaya dengan gambar ini menyatakan kegelian dengan tahap kebersihan pembuatan gula-gula.




Kredit foto: Twitter




Bagaimanapun lebih ramai yang menyatakan tiada masalah dengan gambar tersebut. Ini kerana pelbagai SOP telah dipatuhi seperti gambar ketiga yang memaparkan lebihan gula-gula dilantai, jadi semestinya lebihan tersebut tidak digunakan lagi. Manakala gambar keempat pula menunjukkan pekerjanya meletakkan plastik di lantai serta adanya bakul khas.



Lagi pula pekerja tersebut dilihat mematuhi peraturan seperti memakai kemeja lengan pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman dan memakai sarung tangan. Tiada masalah sebenarnya.








Kredit foto: Twitter





Bagaimanapun, ada juga isu yang ditimbulkan oleh netizen yang pernah bekerja di kilang makanan lalu menyatakan betapa kotornya penghasilan sesuatu makanan.




Isu makanan halal dan bersih sememangnya amat dititikberatkan di Malaysia. Jadi, setiap kilang perlu mematuhi standard prosedur yang telah ditetapkan demi mengelakkan perkara buruk berlaku. Kalau anda pula, yakin ke dengan makanan di luar sana? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah kerja kejap kat kilang coklat C*****y
Coklat yg jatuh mmg kutip balik masuk dlm paket
Sejak tu mmg aku x makan coklat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:10 PM | Show all posts
... pas ni… beli makanan yg panas2... bungkus dpt kita je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:12 PM | Show all posts
aku pernah kerja kilang proses turkey.
masa turn aku kena buat potong breast tu ayam tergolek jatuh. tadak masa la kutip balik basuh. sebab semua tu dok dlm line . mana boleh stop. org putih ni dah la jenis masak tak basuh pun. diaorg ingat bersih la kut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel: Aku pernah kerja kejap kat kilang coklat C*****yCoklat yg jatuh mmg kutip balik masuk dlm paketSejak tu mmg aku x makan coklat..

wehhhhh..siyeslaa..brand tu bt cmtu??nasib baik lama tak beli..tp mkn ler kalau ada org bg free{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko rasa gula2 sebiji2 dlm bakul tu nanti bangla tu bungkus satu2 ke?
I ingat mesin tu otomatik terus peket
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 02:03 PM | Show all posts
cekelat ni sedap. aku suka beli byk2 buat stok
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:08 PM | Show all posts
Sebab tu bila dapat lihat cara pembuatan kebanyakan mereka ni pasti ramai tak lalu makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047691 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list