View: 3568|Reply: 31
|
Al-Quran Pernah Menjadi Buku Terlaris Di Amerika?
[Copy link]
|
|
Foto: Teapartytribune
Kenyataan ini mungkin agak janggal pada zaman ini, tapi betul.. Al-Quran memang pernah menjadi buku terlaris dimiliki di Amerika.
Antara nama besar yang pernah memiliki buku Al-Quran ialah Thomas Jefferson; salah satu pengasas Amerika dalam membentuk Deklarasi Kemerdekaan(Declaration of Independece) dan juga presiden ketiga bagi Amerika Syarikat.
Foto: Getty Images
Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Amerika utara semenjak pemerdagangan hamba berlaku lagi. Tapi ini bukanlah sebabnya mengapa buku ini laris di situ. Antara sebabnya adalah kerana sifat ingin tahu golongan Protestan daripada England yang membentuk koloni di Amerika. Pendapat ini disokong oleh profesor sejarah Amerika, Denise A.Speilberg.
Pada awalnya, tujuan golongan protestan iaitu salah satu cabang agama Kristian mahu membaca Quran kerana untuk menggunakan semula isi kandungannya untuk didebatkan untuk tujuan penyebaran agama mereka. Mereka akan menghantar Missionary ke Asia tengah untuk tujuan ini.
Bagi Thomas Jefferson pula, dia membaca Quran kerana mahu memahami undang-undang Islam yang dipegang teguh oleh empayar Ottoman, sezaman dengannya. Sesetengah pula berpendapat bahawa, mereka membeli Quran kerana mahu memahami dan memudahkan interaksi mereka dengan hamba-hamba Islam. Mereka menghargai kepentingan berdamai dengan orang Islam yang telah menjadi salah satu lapisan masyarakat walaupun berdarjat hamba. Salinan Quran ini merupakan tafsir dan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris.
Foto: Thedailybeast
Pada kurun ke 18, Quran telah laris dan hampir dimiliki oleh semua orang. Namun, Salinan yang dimiliki oleh Thomas Jefferson merupakan buku pertama terjemahan terus daripada bahasa arab dan terbit pada tahun 1649. Ketika mendalami bacaan Quran, beliau masih seorang pelajar undang-undang. Bukunya itu diperoleh daripada seseorang bernama George Sale, seorang hakim British yang ditugaskan oleh mubaligh Kristian Anglikan menterjemah terus daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris.
Quran milik Thomas Jefferson masih disimpan dan telah digunakan ahli kongres wanita islam pertama amerika, Rashida Tlaib untuk tujuan angkat sumpah. Sebelum ini, Keith Ellison yang beragama islam juga telah menggunakan kitab yang sama untuk mengangkat sumpah. -CARI
Sumber Rujukan : https://www.history.com/news/thomas-jefferson-quran-rashida-tlaib-keith-ellison |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mywifiext.net
Edited by mywifiext at 18-1-2019 02:00 PM
Thanks for sharing the excellent post. I like your post and great idea's.
Any question related to mywifiext.net then you can visit here: mywifiext.net |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-1-2019 09:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mywifiext replied at 18-1-2019 02:00 PM
mywifiext.net
Thanks for reading. |
|
|
|
|
|
|
|
Caucasian memang suka membaca dan ambil tau.
Dan juga sebelum mereka jadi priest ka apa saya dah lupa mereka mesti hafal quraan. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih info dan sudi membaca. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanggaan org Arab la ... Quran pon bukan ciptaan Melayu, malah langsung xde sorg pon tokoh Melayu yg di sebut sebut dlm Quran |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2019 07:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
zjen replied at 21-1-2019 06:23 PM
kebanggaan org Arab la ... Quran pon bukan ciptaan Melayu, malah langsung xde sorg pon tokoh Mel ...
Terima kasih baca dan memberikan pandangan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 terjemahan alquran kita sebut 'tafsir'.
tapi,
apa sbb golongan protestan sgt minat nak tau pasal alquran?
mcm mana dgn golongan katolik?? dorang takberminat ke?
apa2 pon, ini sejarah yg menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2019 01:22 PM
Caucasian memang suka membaca dan ambil tau.
Dan juga sebelum mereka jadi priest ka apa saya dah ...
Kenapa kena hafal?? sebab agama samawi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2019 09:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
bangcak replied at 21-1-2019 08:29 PM
apa2 terjemahan alquran kita sebut 'tafsir'.
tapi,
Terima kasih baca. Ya, memang saya tahu mengenai maksud 'Tafsir' Quran kerana saya juga muslim. Cuma, maaf atas kekhilafan saya. Ketika menulis, saya mahu menulis tafsir Quran, cuma saya kurang pasti jika saudara se-islam mahu membaca artikel tersebut. Apa-apapun, saya minta maaf kerana tidak menulis perkataan Tafsir.
Mengenai golongan protestan dan katolik, kalau tak silap dulu pernah berlaku pergolakan fahaman dalam gereja mengenai denominasi ini. Kiranya macam islam suni dan syiah jugalah. Cuma tidak tahu sejauh mana pertentangan tersebut. Apa yang saya tahu, ketika tanah Amerika ditemui oleh Columbus, golongan agama kristian Protestan yang dihantar ke Amerika untuk membentuk koloni pertama. Hal ini mungkin disebabkan perbezaan denominasi itu mengganggu politik gereja mereka. Sebab itulah artikel tertumpu pada isi kristian Protestan.
Dan, sudut pandangan artikel ini tertumpu pada Amerika sahaja. Oleh itu, saya cuma fokus pada apa yang berlaku di Amerika.
Harap maaf jika saya kurang ilmu dalam perkara ini, apa-apapun terima kasih baca dan memberi pandangan yang baik.
Assalamualaikum. |
|
|
|
|
|
|
|
kena hapal kepala lutut apa daa.... injil dan taurat pun depa tak hapal dan tak ikut ,, lucu ... aku selalu ikuti perdebatan agama.... puak2 kristian ni bukan mahir sangat pun tetang bible depa sendiri... nak hafal quran? lucu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2019 08:30 AM
Lobai lobai!
Yusuf Estes tu priest asalnya dalam ceramah dia bagi tau mesti hafal quraan sebelum boleh jadi priest ka preacher ka apa ka saya dah lupa.
Cuba ambil tau macamana dia orang kena study Christianity sebelum boleh jadi priest. Lobai fikir macam lobai melayu pakai kepiah terus boleh jadi lobai? Sebab itu lobai melayu kena hencap!
|
|
|
|
|
|
|
|
Takda sebut nama tokoh2 melayu dalam quran? Hang biar betul. Tu jam kurun berapa dah... Melayu apa yang ada? Zaman nabi tokoh melayu mana yang hang nak nabi bukak cerita? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini tentang jefferson dan adam jumpa duta tunissia kan
I tidak mahu bagi ulasan lanjut nanti ruin seluruh article tt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 21-1-2019 09:38 AM
bangcak replied at 21-1-2019 04:29 AM
apa2 terjemahan alquran kita sebut 'tafsir'.
tapi,
I boleh bagi jawapan ..... i belajar peekara ini sewaktu di highschool ......rasa nya akan lebih teruk jika i summerize pada pandangan aties ....silap silap nanti thread di humban ke board agama sendu jadi nya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi kebiasaan je tokoh2 kokesen macam ni mempunyai koleksi kitab2 segala agama didunia ini. Motip jadi kagum magum dan ragum? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pyropura at 22-1-2019 03:35 AM
Jefferson ni suka menghina puak negro slave, misalnya dia sering kata negro ni busuk, and yet dia kerap menutoh slaves nya sendiri, hinggakan keturunan beliau hari ini ada ada yg kulit putih dan ada yg kulit itam. Hakak syak ada diantara slaves yg dia kongket itu beragama Islam, mungkin dia tau tentang dunia islam dari situ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syok sundrinya artikel ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|