CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102629|Reply: 342

Semua tentang Tengku Mahkota/Raja Muda/ Putera Mahkota di Malaysia

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Salam Ummah.


Beberapa hari lepas, kawan kita semua forumer @311gurl ada suggest.


Buatkan satu thread tentang semua Putera Mahkota yang ada kat Msia ini.  Amboi, tu ada bendalah nak gosip tu.


I rasa macam setuju jugak. sebab dalam thread perihal anak Sultan Pahang yang baru dimasyhurkan pagi tadi tu, yakni Tengku Hassanal, macam-macam info yang dikongsi oleh forumer-forumer superb yang diketuai oleh Pakcik Segak @PristineOne (tak caya dia segak mantap ke apa, sila lawat thread Tengku Hassanal tu. adalah terjumpa nanti tu).


Gelaran-gelaran Pewaris Tahta Kedua setiap negeri beraja di Malaysia adalah seperti berikut :-



  • Pahang : Keawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang
  • Kedah : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah
  • Perak : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
  • Perlis:  Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
  • Selangor : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor
  • Terengganu : Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu
  • Johor : Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
  • Kelantan : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
  • Negeri Sembilan : Tiada



So,

Moh le kita bersama-sama!  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 07:14 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 07:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 07:16 PM | Show all posts
Pelantikan Tengku Mahkota Pahang ikut tradisi

Oleh Abdul Razak Raaff dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
cnews@nstp.com.my



PEKAN: Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi bayangan bahawa pelantikan pewaris takhta baginda akan dilakukan mengikut tradisi.

Baginda bertitah, perkara itu bagaimanapun memerlukan kepada perbincangan antara ahli keluarga dan kerabat diraja baginda terlebih dahulu.

“Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat... saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua (orang ramai) pun sudah boleh ramal kalau ikut tradisinya. Cuma (sekarang) nak tetapkan dan meyakinkan (diri) kemudian kita boleh memutuskan waris takhta,” titahnya kepada media selepas Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, di sini, hari ini.

Sultan Abdullah bertitah, pengumuman pewaris takhta baginda iaitu Tengku Mahkota Pahang yang sebelum ini baginda memegang gelaran itu selama 44 tahun akan ditentukan dalam masa terdekat.

Mengikut tradisi, putera sulungnya yang juga Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah, 23, boleh dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahandanya, Sultan Abdullah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang.

Ini kerana secara tradisi jawatan Tengku Mahkota Pahang akan diserahkan kepada putera sulung kepada pemerintah semasa iaitu Sultan Abdullah yang putera sulungnya adalah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sementara itu, Sultan Abdullah memaklumkan anakandanya iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kini sedang melanjutkan pelajaran di Akademi Ketenteraan Diraja di Sandhurst, United Kingdom (UK) selama setahun dan menyampaikan salam kepada semua.

Sultan Abdullah juga mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada semua termasuk pihak media yang membuat liputan istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam, hari ini.

“Saya harap dapat tunaikan tugas dan amanah ini (sebagai Sultan) dengan sebaik mungkin dan saya akan beri segala raga, nyawa dan masa untuk Pahang. Sama-samalah kita berdoa semoga kita diberkati Allah SWT,” titahnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kebarangkalian baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas pemasyhuran sebagai Sultan Pahang, baginda bertitah ia terletak kepada ketentuan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan yang akan dibuat Majlis Raja-Raja.

Sultan Abdullah bagaimanapun yakin mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dijangka diadakan pada 24 Januari ini akan membuat keputusan yang tepat dan bijaksana.

“Ia soalan yang sukar kepada saya, saya tidak boleh membuat kesimpulan... saya serahkan kepada keputusan Majlis Raja-Raja,” titahnya.

Ditanya mengenai kesediaan baginda bekerjasama dengan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH), baginda bertitah beliau bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

“Saya sebagai pemerintah, sesiapa sahaja yang boleh datang berjumpa saya... dan sedia berkhidmat dan bekerjasama,” titahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
YAM Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah - bakal Tengku Mahkota Pahang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak nak menyelit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tred kamu ni sebijik macam katalog nak cari laki..  Gudlak gurlz!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 15-1-2019 08:18 PM
YAM Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah - bakal Ten ...

Pakcik,

Kalau 31/1 ni SP dipilih jadi Agong, double letup nampaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-1-2019 08:22 PM
Tred kamu ni sebijik macam katalog nak cari laki..  Gudlak gurlz!

Yang hat Perak tu taken.

Majlis bbrp hari lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-1-2019 08:22 PM
Tred kamu ni sebijik macam katalog nak cari laki..  Gudlak gurlz!

Iols nak ngorat sape ni? Rambang mata
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-1-2019 08:36 PM
Yang hat Perak tu taken.

Majlis bbrp hari lepas.

X aci ke selit Tunku Besar Seri Menanti dlm thread ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
FitzTzif replied at 15-1-2019 08:59 PM
X aci ke selit Tunku Besar Seri Menanti dlm thread ni?

Aci.

Letak jer.

Nismilan unik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-1-2019 08:36 PM
Yang hat Perak tu taken.

Majlis bbrp hari lepas.

Aiyoo hat perak tu tak berapa nak muda belia la. Ade ke yg berkenan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
iheartbutterfly replied at 15-1-2019 09:02 PM
Aiyoo hat perak tu tak berapa nak muda belia la. Ade ke yg berkenan?

Laaa.

Darah manis tu.

Tgh pengantin baru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-1-2019 09:10 PM
Laaa.

Darah manis tu.

Hahaha tau psl baru menikah tu. Maksud iols td mcm tak sesuai je masuk katalog putera raja / tengku mahkota ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
YAM Tunku Besar Seri Menanti
Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz

Walaopun Negeri Sembilan tiada kedudukkan dan jawatan serta gelaran Tunku Mahkota atau Yang Dipertuan Muda, juga tahta boleh diwarisi dari 4 orang putera bergelar tetapi kedudukan Putera paling kanan adalah pemegang gelaran Tunku Besar Seri Menanti.

Jika terjadi kemangkatan Yang Dipertuan Besar, dan jika diperkenankan serta tertakluk keputusan oleh Dato Dato Undang yang empat serta maklum dari Tunku Besar Tampin maka Tunku Besar Seri Menanti boleh naik tahta.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iheartbutterfly replied at 15-1-2019 09:19 PM
Hahaha tau psl baru menikah tu. Maksud iols td mcm tak sesuai je masuk katalog putera raja / tengk ...

Bukan nak suh pinang dia.

Alaaa, i rasa ramai yang diam2 letak hati gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 15-1-2019 09:25 PM
Syd replied at 15-1-2019 08:36 PM
Yang hat Perak tu taken.

Majlis bbrp hari lepas.

Eh mual pulak tekak aku..

Tau dak menjak Perak beraje mudekan si tua tu habes hilang semangat sume anak dara nak melaram.  Laram2 sekali dia tunjok jari berkenan.  Haru..

Syukor la Ku Dottie sanggop jage.  Semoge bahagia hingge ke jannah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
iheartbutterfly replied at 15-1-2019 09:19 PM
Hahaha tau psl baru menikah tu. Maksud iols td mcm tak sesuai je masuk katalog putera raja / tengk ...

Pakchik Raja Muda Perak berhak masuk tered nih.....Tua tua pun dia level pewaris tahta  ...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-1-2019 09:22 PM
Bukan nak suh pinang dia.

Alaaa, i rasa ramai yang diam2 letak hati gak

Tu la, pikir balik mmg demi title ade jugak yg sanggup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.143240 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list