Bukan sahaja 'scammer' menerusi talian berleluasa, penipu mempunyai banyak cara untuk mendapatkan wang dengan mudah. Antaranya ialah menyamar sebagai pihak berkuasa lalu menipu mangsa, yang kebanyakkannya terdiri daripada pekerja yang lurus dan naif.
Terbaharu, di Alor Star, Kedah, seorang wanita didakwa menipu pekerja butik dengan menyamar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lalu menyatakan tuan butik disaman parkir, jadi perlu membayar sejumlah duit saman. Disebabkan percaya dengan lakonan wanita terbabit, pekerja itu menyerahkan sejumlah wang kepada pemangsa. Kejadian itu dirakamkan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan rupa-rupanya bukan mereka sahaja yang ditipu, ada juga pemilik butik ditipu dengan modus operandi sama.
Kredit foto: Twitter
Menurut Ndyana, kejadian yang berlaku terhadap butik ibunya menyebabkan mereka kerugian sehingga RM900. Lebih menyedihkan kerana lakonan wanita tersebut sangat hidup dengan menyatakan dia adalah kawan ibunya. Disebabkan mempunyai hutang parkir tertunggak, maka dia memerlukan duit itu sekarang. Jadi wanita tersebut berpura-pura menelefon ibunya lalu kononnya tuan butik meminta pekerja memberi berapa sahaja yang diminta.
Kredit foto:
Malahan Ndyana turut mengesahkan ada butik lain yang turut mengalami masalah sama dengan butik ibunya. Modus operandi wanita itu mudah iaitu mencari pekerja yang lurus, baru tamat peperiksaan SPM dan yang tiada pengalaman bekerja. Sebaik dia mendapat duit tersebut, terus cepat-cepat melarikan diri. Lebih mengejutkan ialah, wanita tersebut membuat 'kerjanya' pada dua hari berturut-turut (Sabtu dan Ahad) serta menipu beberapa lagi butik lain.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: twitter
Kredit foto: Twitter
Memandangkan kes ini baru sahaja berlaku, mungkin gambar wanita ini sudah tular dan tidak lama lagi akan ditangkap oleh pihak polis dengan syarat kedai yang terlibat rompakan ini membuat laporan polis. Macam-macam cara orang mahukan duit cepat hatta terpaksa menipu sekalipun. Jadi, bagi tuan kedai perlu pesan kepada pekerja supaya lebih berhati-hati dan sebaiknya telefon terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian bukannya menyerahkannya semudah itu. - CARI
|