Sifat masyarakat barat yang bersikap terbuka menjadikan ideologi transgender diterima secara meluas di sesetengah tempat.
Kredit foto: ABS CBN
Di Britain, Jayden Rogers ,seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, merupakan transgender termuda direkodkan di negara itu.
Kredit foto: dailymail.co.uk
Jayden dilahirkan sebagai bayi lelaki, namun sejak 11 bulan lalu, Jayden telah mula hidup sebagai kanak-kanak perempuan. Meskipun begitu, alat sulitnya masih lagi kekal dan tidak ditukar kerana usianya masih terlalu muda.
Jayden dibesarkan ibu kandungnya, Jody, 21, bersama teman lelakinya, Greg, 27. Difahamkan, Greg sudah tiga tahun menjadi ayah buat Jayden.
Apa yang mengejutkan adalah di sebalik imej berjanggut itu, Greg sebenarnya juga merupakan seorang transgender!
Kredit foto: dailymail.co.uk
Greg mengakui telah menjadi transgender sejak berusia 16 tahun. Dia menjalani pembedahan untuk membuang payudaranya, namun sehingga kini masih belum menukar alat sulitnya dan tidak tergesa-gesa untuk melakukannya.
Greg juga menyatakan dia bukan seorang gay, tetapi hanya terperangkap di dalam badan yang salah.
Menurutnya, mereka tidak pernah memaksa Jayden menjadi perempuan. Bahkan, mereka membelikan pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta memberi kebebasan kepada Jayden untuk memilih sendiri.
Kredit foto: dailymail.co.uk
Tetapi, Jayden yang sebelum ini mengalami masalah pendengaran, tiba-tiba menyuarakan dia mahu menjadi perempuan, dan tidak suka memakai pakaian lelaki selepas menjalani pembedahan untuk memulihkan pendengarannya.
Pada mulanya, mereka menyangka Jayden tidak serius, tetapi perkara itu berlanjutan dan Jayden konsisten dengan kehendaknya hingga Greg dan Jody terpaksa akur.
Kredit foto: dailymail.co.uk
Apabila ditanya cabaran yang terpaksa dihadapi, mereka mendakwa ada jiran melarang anak perempuan mereka daripada bermain dengan Jayden kerana identiti sebenar kanak-kanak itu.
Greg dan Jody menegaskan, mereka mahu memberikan pilihan kepada Jayden dan akan mendapatkan khidmat kaunseling untuk kanak-kanak itu supaya dapat membantunya mencari dirinya yang sebenar.
Walau bagaimanapun, ibunya, Jody mengakui kadang-kala merindui imej anak lelakinya sebelum Jayden menjadi perempuan. Jody juga mengakui dengan wajah anaknya itu, dia lebih sesuai menjadi seorang lelaki.
Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Patutkah ibu bapa memberi kebebasan kepada anak masing-masing untuk memilih jantina mereka? - CARI |