CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1637|Reply: 11

Cari Tanah Hitam Konon, 3 Lelaki Tanam Janin Tepi Sawah

[Copy link]
Post time 14-1-2019 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk kampung digemparkan dengan penemuan janin di tepi sawah yang ditanam sekumpulan tiga lelaki.


Astro AWANI melaporkan, kejadian berlaku di Bukit Rambai, Melaka apabila seorang warga emas berasa curiga dengan kemunculan individu tidak dikenali di kawasan sawah padi di situ.


Menurut laporan, mereka menemui bungkusan kain berwarna putih dipercayai mengandungi janin yang ditanam berhampiran pokok di tepi sawah berkenaan.




Kredit foto:Astro AWANI




Difahamkan, sudah menjadi kebiasaan bagi Ajmihat Kudus, 70, memotong rumput berhampuran rumah untuk dijadikan makanan angsa peliharaannya selepas solat subuh.


Menurutnya, kebetulan pada hari kejadian dia menukar lokasi mencari rumput di kawasan sawah miliknya sebelum terserempak dengan kumpulan individu berkenaan yang sedang menggali lubang sekitar jam 8 pagi.


Namun, apabila disoal mereka mengatakan tujuan mereka berada di situ adalah untuk mencari tanah hitam.


Bagaimanapun, Ajmihat berasa curiga kerana mereka membawa peralatan seperti cangkul dan sebuah kotak berwarna cerah.

"Saya curiga dengan tindakan mereka itu, namun saya berpura-pura potong rumput.

"Sebaik selesai urusan, mereka lalu di hadapan saya dan saya terus mengambil nombor pendaftaran motosikal salah seorang daripada mereka," kata Ajmihat.


Sebaik melihat kesan mencurigakan di tempat digali kumpulan individu terbabit, warga emas berkenaan bergegas menghubungi pihak polis.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang mengesahkan pihaknya menerima laporan sekitar jam 11 pagi pada Ahad berkata, siasatan untuk mengenal pasti usia janin sedang dijalankan.


Polis juga sedang mengesan suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pakcik ni alert dgn persekitaran..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:42 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 14-1-2019 10:35 AM
Bagus pakcik ni alert dgn persekitaran..

kan
siap ambil no plat



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:44 AM | Show all posts
Bagus pakcik. Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 10:56 AM | Show all posts
hati2 pakcik takut dorang cari nnti
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 11:06 AM | Show all posts
pakcik ni bijak, tk mcm bdk bbnu
klu bdpn cmni, msti dia selfie dlu, post kt socmed dlu
pstu haram nk call polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2019 11:50 AM | Show all posts
batmana replied at 14-1-2019 11:06 AM
pakcik ni bijak, tk mcm bdk bbnu
klu bdpn cmni, msti dia selfie dlu, post kt socmed dlu
pstu haram ...

dah post kat socmed... dia # pdrm malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 11:58 AM | Show all posts
nasib ade org yg nampak, blh la janin tu dikebumikan dgn sempurna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pai.kacang replied at 14-1-2019 11:50 AM
dah post kat socmed... dia # pdrm malaysia..

Ok lagi tu. lagi hebat kalau dia pergi pos dkt fb group.l yg members 3 orang je tu pun geng sawah padi. Whatsapp group pulak participant 5. Yang aktif 2 je dalam tu Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:48 PM | Show all posts
semoga pakcik & keluarga pakcik
tidak diapa2kan..

takut juga zaman sekarang macam2
boleh berlaku angkara dendam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:50 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 14-1-2019 10:35 AM
Bagus pakcik ni alert dgn persekitaran..

bagus pakcik ni...dah mcm penyiasat pro pulak siap berlakon potong rumput...terbaek lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pai.kacang replied at 14-1-2019 11:50 AM
dah post kat socmed... dia # pdrm malaysia..

macam si lava tongok tu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.153645 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list