View: 2989|Reply: 16
|
Venue Olimpik Rio 2016 Kini Terbengkalai, Lihatlah Gambar Berikut!
[Copy link]
|
|
Siapa masih ingat lagi Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil? Acara terbesar dunia ini berlangsung selama lebih kurang dua minggu bermula dari 5 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016.
Persiapan untuk Olimpik Rio menelan belanja hampir ASD12 bilion. Ya, 12 bilion iaitu bersamaan hampir RM50 bilion!
Gambar: Olympic.org
Jika anda masih ingat, banyak isu timbul ketika persiapannya sedang dijalankan seperti tenaga kerja yang dibayar murah, gaji dibayar lambat serta pelbagai isu lain lagi.
Setelah hampir tiga tahun, kebanyakan kemudahan sukan di Rio kini tergendala dan rosak. Stadium yang dahulunya penuh dengan penonton dan diterangi dengan bunga api, kini hanyalah tempat yang dipenuhi dengan semak samun.
Gambar: Business Insider
Kolam renang yang dahulunya kebiruan dan penuh dengan penontong kini tidak digunakan lagi. Ada juga ura-ura mengatakan lokasi kolam renang ini akan digantikan dengan dua buah sekolah, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan daripada pihak berwajib.
Gambar: Business Insider
Selain kolam di luar stadium bertukar ke warna gelap, hiasan luar stadium renang juga telah rosak.
Gambar: Business Insider
Gambar: Business Insider
Gambar: Business Insider
Ini pula Stadium Maracana yang digunakan sebagai venue Olimpik, Paralimpik dan perlawanan akhir Piala Dunia.
Gambar: Business Insider
Gambar: Business Insider
Tanpa penjagaan rapi dan pengurusan cekap, stadium yang dahulunya gah kini suram.
Gambar: Business Insider
Gambar: Business Insider
Gambar: Business Insider
Ini pula lokasi Taman Olimpik yang menempatkan banyak jenis sukan.
Gambar: Business Insider
Satu kerugian sebenarnya apabila kemudahan sukan yang bertaraf dunia ini terbiar begitu sahaja tanpa penjagaan dan pengurusan yang elok.
Kemudahan seperti ini jika diteruskan penggunaanya pasti dapat dimanfaatkan rakyat Brazil, malah mungkin mampu melahirkan atlet bertaraf dunia.
Koleksi gambar berikut diambil pada tahun 2017, lima bulan selepas sukan Olimpik itu dianjurkan. Jika baru lima bulan pun dah teruk sebegini, bagaimana pula sekarang yang sudah menginjak tahun 2019? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya..tp i mmg kagum waktu tu bila Brazil kelihatan 'mampu' anjur sukan taraf Olimpik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu pembaziran utk negara2 yang kehidupannya ala2 je..kesian kat rakyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya dah berbelanja sebegitu banyak dibiarkan rosak bergitu sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg membazir.. tapi time tu brazil kira all out gak la, dgn olimpik lps tu piala dunia lagi anjurkan... mmg gigih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ruginya |
|
|
|
|
|
|
|
Bila terlalu bercita2 tinggi nk tunjuk pd dunia yg dia "mampu".. tp sebaliknya memudaratkan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya, sudah ada fasiliti tetapi tidak mengambil kesempatan ke atasnya |
|
|
|
|
|
|
|
brazil memang sebuah negara miskin ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Utk venue olimpik akan dtg perlunya ada rekaan bangunan yg boleh buka atau recycle balik..byk olimpik lepas cuma buat repurpose je fasiliti tu selalunya perkampungan sukan la senang nak repurpose. Nak tgk mcm mana tokyo buat lepas olimpik 2020 nnt sbb bab planning org jepun mmg no1 |
|
|
|
|
|
|
|
Ai thot brazil ni negara maju mcm jepun? Kalau mcm ni malaysia wayy better |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan brazil ni negara kaya ala2 usa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau latih atlet2 sedia ada bolehlah terer masing2 punya skill.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang yer,
Terbiar mcmtu...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak buka utk orang ramai je kenakan bayaran, at least ada org guna duit tu pon boleh dibuat utk penyelenggaraan |
|
|
|
|
|
|
| |
|