Kaftan atau lebih dikenali dengan baju kelawar adalah pakaian yang sering dipakai oleh golongan wanita. Ramai wanita yang gemar memakai kaftan terutamanya ketika berada dirumah kerana kelihatan lebih santai dan selesa. Pergerakan si pemakai juga tidak terbatas dan berasa bebas serta kelihatan begitu sopan kerana ciri-ciri kaftan yang longgar dan labuh.
Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Disebabkan mempunyai perasaan ingin tahu dan merasai sendiri pengalaman memakai kaftan, seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status menceritakan pengalamannya memakai kaftan milik isterinya. Ternyata, dia turut berasa teruja dan tidak dapat menafikan mengapa ramai wanita gemar memakai kaftan kerana ia sungguh selesa!
Kredit foto: Carian internet
Tidak kisah kelihatan seperti 'makcik'
Netizen wanita yang gemar memakai kaftan turut bersetuju dengan status lelaki ini. Memakai kaftan memang membuatkan mereka berasa sangat selesa. Walaupun pemakaian kaftan ini sinonim dengan golongan makcik-makcik, mereka tetap tidak ambil kisah walaupun mereka kelihatan seperti ‘makcik’. Maklumlah, setiap orang mempunyai pakaian kesukaan yang tersendiri.
Kaftan dan jubah lelaki tetap tak sama
Jangan tidak tahu, ada golongan lelaki yang pernah mencuba memakai kaftan dan terus jatuh cinta kerana berasa sangat selesa. Tetapi ada yang menggantikan pakaian kaftan dengan jubah lelaki yang turut selesa dipakai. Yang pasti, jenis kain yang digunakan untuk membuat kaftan tidak sama dengan jenis kain jubah lelaki kerana ia lebih lembut dan beralun. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, boleh sahaja memakai kaftan dirumah tetapi bagi yang masih bujang sudah pasti kelihatan janggal lebih-lebih lagi apabila tinggal bersama rakan-rakan lelaki yang lain dalam satu rumah. Betul tak?
Bagaimana? Ada ke dalam kalangan kalian yang teringin hendak mencuba memakai kaftan? Tetapi berhati-hati jika ingin memakain kaftan jika kalian adalah seorang lelaki, jangan sampai ada yang memerhati dan berasa pelik kerana memakai pakaian wanita. - CARI |