Benda paling yang ditakuti bagi setiap lelaki adalah memilih barber yang salah. Cuba bayangkan jika anda dapat barber yang tidak kemas potongannya, boleh murung sebulan dibuatnya.
Seorang lelaki di China boleh dikatakan agak bernasib malang apabila mendapat pemotong rambut yang agak lurus pemikirannya. Mana tidaknya, barber itu mencukur bentuk segi tiga di kepalanya. Ya anda tidak salah baca, bentuk segi tiga!
Kredit foto: Tianxiu Bot/Weibo
Lelaki ini telah membuat temu janji untuk memotong rambutnya dan persiapnnya juga rapi, dia telah bersedia dengan video berkenaan gaya rambut yang dimahukan.
Semuanya telah disiapkan dengan rapi iaitu temu janji, gaya contoh rambut dan apa yang diperlukan hanyalah untuk hadir ke kedai gunting rambut itu. Tetapi tidak semua yang kita mahu dalam dunia ini akan kita dapat.
Kredit foto: Tianxiu Bot/Weibo
Untuk menunjukkan contoh rambut yang dia mahukan, lelaki itu tidak screenshot tetapi menghentikan (pause) video itu dan menunjukkan kepada barber tersebut gaya rambut tersebut. Simbol play terpampang di video itu, dan itulah perkara yang pasti akan diingati lelaki ini sampai bila-bila.
Tanpa bertanya panjang, barber itu menyangka bentuk segi tiga itu adalah sebahagian daripada style rambut itu dan terus mencukur rambutnya tanpa disedari lelaki itu.
Kredit foto: Tianxiu Bot/Weibo
Insiden kelakar ini telah dimuat naik oleh influencer blogger, Tian Xiu Bot di laman Weibo miliknya. Post itu mendapat perhatian ramai dengan hampir 20 000 comments dan 78 000 likes.
Menurut post itu lagi, sebenarnya barber itu ada bertanyakan kepada lelaki itu jika dia masih mahukan bentuk segi tiga itu dan tanpa berfikir panjang lelaki itu terus bersetuju. Mungkin sedang mengantuk barangkali.
Lelaki itu dikatakan gembira dengan kejadian ini kerana dia lebih yakin dengan gaya potongan itu, disamping mendapat perhatian ramai. Asalkan dia gembira, ya tak?
Pengajarannya lepas ini jangan pula salah gunting rambut. Pastikan contoh rambut yang anda nak tu betul dan bukannya paused video. Jadi bahan jenaka nanti! -CARI |