View: 1665|Reply: 13
|
Takut Dicerai Suami, Wanita Culik Bayi Baru Lahir Di Hospital
[Copy link]
|
|
Seorang wanita terdesak mendapatkan zuriat hingga sanggup menculik bayi baru lahir di sebuah hospital.
Memetik Mirror, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita merayau-rayau di koridor hospital sebelum menculik seorang bayi apabila ibunya sedang tidur.
Sebaik kakitangan hospital menyedari bayi berkenaan tiada di dalam katilnya, mereka segera memaklumkannya kepada polis.
Difahamkan, wanita dan bayi itu ditemui pada hari sama sebelum polis menahan suspek.
Menurut media tempatan, wanita dari Hetian, China itu dikatakan berdepan masalah memiliki zuriat selepas beberapa kali keguguran dan khuatir suami akan menceraikannya.
Menerusi rakaman CCTV pada 26 Disember itu, suspek dilihat berkeliaran di koridor wad bersalin sebelum meninggalkan premis berkenaan bersama seorang wanita yang mengendong bayi terbabit dalam bungkusan selimut.
Hasil pemeriksaan rakaman CCTV, polis berjaya mengesan suspek pada hari sama, lapor portal Pear.
"Kami mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan rakaman CCTV hospital. Wanita itu dilihat sedang merayau-rayau di sekitar koridor hospital dan memasuki beberapa wad berbeza.
"Sebaik mendapati salah seorang pesakit yang baru melahirkan sedang tidur, suspek mengambil bayinya dan meninggalkan premis," kata jurucakap polis.
Polis kemudian mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang mereka naiki dan meminta pemandunya memberhentikan kereta serta-merta.
Polis juga meminta pemandu untuk menahan penumpangnya sehingga pihak berkuasa tiba di lokasi.
Menurut suspek, dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana diugut akan diceraikan suami kerana tidak boleh memiliki zuriat.
Kredit foto: The Sun
Difahamkan, bayi berkenaan sudah dikembalikan kepada ibu bapanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik pelik je China ni. Mau meroyan mak baby tu tengok anak dia hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..stress pompuan tu
ntah2 si laki tu sperm tak berkualiti..ciss |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bagusnya negara China ni byk CCTV.. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 8-1-2019 02:26 PM
Yg bagusnya negara China ni byk CCTV..
And then rakyat mereka jadi bahan ujikaji experiment |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 8-1-2019 02:26 PM
Yg bagusnya negara China ni byk CCTV..
Kan... kat mana2 ceruk dpt tangkap gambar.. |
|
|
|
|
|
|
|
selyusi replied at 8-1-2019 02:29 PM
And then rakyat mereka jadi bahan ujikaji experiment
Maksudnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah polis..moga penculik dihukum penjara selama 45 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Bbrapa taun dlu ada kes pmpuan mlayu yg culik bayi dr hspital. Dia pkai pkaian mcm org baru pas brsalin n ntah cmana leh trlepas kluar bwk bayi yg diculik tu dr hspital. Dpt tgkap lps 2,3 hari kot. Laki bini nmpk muka baik2 jer. Katanya, suami pompuan tu xtrgamak nk report sbb bini dia kmatian anak/gugur bbrapa kli n nak sgt2 ank smpai sggup culik bby. Xtau apa ksudahan kes tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cctv bersepah macam game yakuza series.. Kau tak boleh lari kalau cari pasal |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi jela laki kawen lain supaya dapat anak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannnye kat dia...{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
| |
|