|
|
Dua artis Indonesia ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pelacuran secara dalam talian.
Agensi berita Antara melaporkan, kedua-duanya yang dikenali sebagai Vanessa Angel dan AF ditahan selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti tidak bermoral itu.
Antara yang ditahan adalah empat saksi, dua artis iaitu Vanessa dan "AF" dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.
Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara berkata,
"Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan tersebut dilakukan di sebuah hotel di Surabaya.
"Tarifnya yang satu Rp80 juta (RM23,164), satu lagi Rp25 juta (RM7,238)."
 Gambar Hiasan
Dalam perkembangan yang sama, pengurus kepada Vanessa Angel iaitu Lidya berkata dia tidak pernah mengetahui artis itu terbabit dalam aktiviti pelacuran online.
"Vanessa ke Surabaya untuk menjadi pengacara dalam satu majlis di sana." -CARI
|
|