Selepas lagu 'I Am Me' dan 'Lavida Go Bola' mendapat sambutan hangat kini usahawan kosmetik terkenal, DS Vida tampil kembali dengan lagu barunya 'Sayang Pulanglah Sayang'. Lagu ini telah mula dimuatnaik di Youtube pada 28 Disember 2018 dan setakat hari ini telah mendapat lebih 380 ribu tontonan.
Kredit foto: Carian Google
Seperti lagu Lavida Go Bola, lagu Sayang Pulanglah Sayang juga adalah ciptaan Cat Farish. Bagaimanapun, sesiapa yang peka pasti tahu bahawa ini sebenarnya bukanlah rakaman pertama lagu tersebut. Sebelumnya, lagu ini pernah dirakam oleh Cat Farish dan Eddie G dan menampilkan penyanyi cantik manis Elizabeth Tan.
Sehinggakan, ada peminat yang tertanya-tanya adakah Cat Farish menipu dan menjual 'lagu terpakai' kepada DS Vida untuk keuntungan berganda? Ada juga yang mempersoalkan sedap sangat ke suara DS Vida sehingga dapat mencaras Elizabeth Tan?
Menyedari pelbagai komen dan kritikan pendengar, Cat Farish sendiri telah tampil di ruangan komen YouTube dan menerangkan perkara sebenar.
Kredit foto: YouTube
Menurutnya, penyanyi asal lagu tersebut (ELizabeth Tan) telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman lain jadi lagu tersebut tidak dapat dipromosikan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, pihaknya telah mencari talent baru yang layak supaya promosi dapat disegerakan, dan mendapati suara DS Vida bersesuaian.
Beliau juga memuji kemerduan suara DS Vida dan menyakinkan pendengar bahawa suara merdu yang didengar adalah original dan raw belum diedit (autotune).
Cuba anda dengar lagu ini. Adakah semerdu suara Elizabeth Tan seperti yang didengar oleh orang ramai seperti yang dinyatakan komen-komen? Dan salahkan Cat Farish menjual 'lagu terpakai' kepada DS Vida? - CARI |