Seorang lelaki di Dominican Republic terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan botol penyegar udara jenama Glade dari lubang duburnya akibat permainan seks dengan isteri.
Kredit foto: Mirror
Lelaki berusia 40 tahun itu dikejarkan ke Hospital Francisco Moscoso Puello di ibu kota negara tersebut apabila beliau dan isterinya gagal mengeluarkan produk pewangi ruangan rumah berkenaan dari lubang duburnya.
Isterinya mendakwa, beliau memasukkan botol aerosol tersebut atas permintaan suaminya ketika mereka sedang melakukan hubungan intim.
Menurut sumber media tempatan, pembedahan mengambil masa lebih dua jam dan tidak menghadapi sebarang masalah. Jurucakap hospital memberitahu wartawan bahawa lelaki itu kini stabil dan masih dalam peringkat pemulihan.
Kredit foto: Mirror
Menurut kenyataan itu lagi, kes sedemikian bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka pernah merawat kes melibatkan dildo dan botol pelbagai saiz. Malah, kes batang kayu, objek plastik dan sayuran seperti terung tertinggal di bahagian badan juga pernah berlaku.
Pihak hospital bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai identiti pesakit kerana ianya boleh memalukan mangsa dan keluarganya selain tidak mahu sebarang pendedahan mengurangkan niat mangsa lain mendapatkan rawatan.
Kredit Foto: Carian Google
Pengamal kesihatan menasihati orang ramai mengenai bahaya menggunakan objek asing untuk kepuasan seks kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan, kerosakan usus dan kecederaan organ lain. - CARI |