CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8923|Reply: 23

Uniknya Luang Prabang, Kota Kecil Padat Dengan Aktiviti Menarik

[Copy link]
Post time 3-1-2019 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Luang Prabang adalah sebuah kota lama yang terletak di utara Laos. Seperti Melaka, kota ini menerima penghormatan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1995. Banyak para traveler dan penggemar budaya mengiktiraf kota ini sebagai pusat budaya Laos.


Kredit foto: Journey Era






Kota kecil ini dikelilingi oleh pergunungan dan terletak kira-kira 700 m di atas paras laut, di persimpangan Sungai Nam Khan dan Sungai Mekong. Sejak kebelakangan ini, ekonomi Luang Prabang semakin membangun jadi para pelancong semakin mudah untuk mendapat tempat menginap yang berpatutan dan juga ajen pelancongan yang sedia membantu ke mana anda ingin melawat.

Jika anda hanya ada beberapa hari di Luang Prabang, penulis ingin mencadangkan beberapa aktiviti yang wajib dilakukan atau tempat yang wajib dikunjungi.

1. Pemandangan Matahari Terbenam di Mount Phousi




Kredit foto: Buffalo Trip




Mount Phousi terletak kira-kira 100 m dari tengah kota (boleh berjalan kaki). Menyajikan pemandangan 360 darjah seluruh kota. Anda dapat melihat pemandangan kota, pagoda dan pergunungan yang sayup mata memandang. Dengan ketinggian 300 anak tangga, aktiviti mendaki memang agak memenatkan tetapi pasti berbaloi apabila melihat pemandangan yang indah ketika matahari terbenam.


2. Mandi Di Air Terjun Kuang-Si




Kredit foto: Carian Google




Tahukah anda bahawa  negara Laos tidak mempunyai lautan? Tetapi jangan terkejut jika terdapat banyak sungai dan air terjun yang ada di negara ini. Paling terkenal adalah Air Terjun Kuang Si yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari pusat kota. Dengan air terjun bertingkat setinggi 50 m dan air sungai yang cantik kebiruan, anda tidak boleh melepaskan peluang berendam dalam air pergunungan yang bersih dan dingin. Tips tambahan yang penulis dapat dari penduduk tempatan, terdapat denai rahsia yang membawa anda ke puncak air terjun di mana mata air dan kolam mandi yang lebih tertutup.


3. Melawat Royal Palace dan Binaan Lama





Kredit foto: Carian Google




Sesuai dengan statusnya sebagai kota tua UNESCO, terdapat banyak binaan lama seperti istana, kuil dan monumen yang terletak di sekitar kota ini. Walau bagaimanapun penulis mendapati ruangan pameran di bahagian dalam Muzium tidak ada keistemewaan dan hanya dipenuhi arca dan lukisan lama yang biasa-biasa pada pandangan penulis. Syukur, yuran masuk tidak terlalu mahal.


4. Melihat Alms Giving Ceremony





Kredit foto: Carian Google




Seawal pagi setiap jam 4, barisan Sami akan berkeliling seluruh kota dan memungut persembahan berupa makanan berupa nasi pulut dan wang ringgit daripada orang tempatan. Aspek ini adalah yang paling suci dalam budaya dan agama orang-orang Laos. Sila lihat dan ambil gambar dari jauh. Pada masa kini, banyak keluhan daripada orang tempatan tentang gangguan daripada pelancong yang mendekati upacara Alms Giving Ceremony ini sehingga notis-notis amaran untuk mereka telah diedarkan dan dipacakkan sepanjang jalan.


5. Melintasi Jambatan Bambu di Sungai Nam Khan





Kredit foto: Yoshitaka Ando




Jambatan bambu dibina oleh penduduk kampung merentasi Sungai Mekong dan Nam Khan. Setiap kali musim banjir, jambatan ini akan dihanyutkan oleh air deras tetapi akan dibina semula. Walaupun kelihatan tidak kukuh, jambatan ini menjadi tumpuan pelancong asing untuk mengadakan sesi fotografi sehinggakan orang tempatan kini mengenakan bayaran untuk sesiapa yang ingin melintasinya. Tips: Selepas jam 5pm, pemungut yuran akan balik dan anda bolehlah menggunakannya sepuas hati.


6. Berjalan Kaki / Berbasikal Mengelilingi Kota





Kredit foto: Carian Google




Traffic jam hampir tidak wujud di kota kecil ini. Dengan hanya berjalan kaki anda boleh berkeliling kota kurang dari 1 jam. Gunakan masa pagi berbasikal untuk melihat kedai-kedai kraftangan yang unik, sesuai dibuat cenderamata.


7. Menelusuri Sungai Mekong Dengan Bot





Kredit foto: Carian Google




Di tepian sungai Mekong, terdapat jeti yang menyediakan perkhidmatan bot perlahan menyelusuri sungai yang merentasi beberapa negara ini. Jangan ketinggalan menyewa bot selama beberapa jam dan melihat kehidupan masyarakat setempat di sepanjang sungai. Pemandangan di kala matahari terbenam ketika berada di atas bot juga sangat mempesonakan.


8. Menjelajah Gua Pak Ou





Kredit foto: Tanoochai




Sekiranya anda tidak takut berada dalam bot yang agak laju dan sungai yang deras, apa kata anda menjelajah Gua Pak Ou, kira-kira beberapa jam dari kota Luang Prabang. Gua yang bersejarah ini menyimpan hampir 4000 ikon Buddha dan menyajikan pemandangan dramatik batu kapur. Terletak lebih 50 kaki di atas paras sungai, pengunjung terpaksa menaiki beberapa ratus anak tangga untuk sampai ke puncak Gua.


9. Melihat Pasar Pagi di Khem Khong Road.





Kredit foto: Carian Google


Apakah uniknya pasar pagi Luang Prabang? Bagi penulis, paling unik ialah melihat barangan keperluan yang dijual oleh peniaga tempatan. Daripada pelbagai jenis haiwan liar sehinggalah mencuba buah-buahan yang tidak pernah dilihat selama ini. Selain itu, gunakan kemahiran tawar-menawar anda untuk membeli tenunan tradisi Laos yang dikatakan sangat berharga.


10. Membeli Cenderamata di Pasar Malam Sisavangvong Road





Kredit foto: Kannika Yawichai




Malam terakhir sebelum penerbangan pulang, pastikan anda mengunjungi pasar malam yang terletak di Sisavangvong Road. Dibuka mulai jam 5 petang, inilah masanya warga ‘daratan’ Laos yang tinggal di pedalaman memasarkan hasil dan barangan tradisi mereka seperti ukiran kayu, kraftangan hutan, perhiasan dan tenunan. Selain itu, kemeriahan pasar malam sangat sesuai buat para jurugambar untuk mengabadikan kehidupan harian warga tempatan dengan lensa kamera. Awas, sentiasa dapatkan kebenaran sebelum mengambil gambar.


Jadi, kota sekecil Luang Prabang juga mempunyai banyak keunikan dan tarikannya yang tersendiri jika anda pandai membuat perancangan. Sangat disyorkan untuk percutian solo ataupun bersama teman-teman. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
matkpop replied at 3-1-2019 04:25 PM
@Foxey

Menariknyaaaa... Jom p melancong Cuma takmo la naik jambatan bambu, takmo naik bot kat Sg Mekong and takmo masuk gua
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 3-1-2019 04:52 PM
Menariknyaaaa... Jom p melancong  Cuma takmo la naik jambatan bambu, takmo naik bot ka ...

Kenapa takmau naik bot?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 05:27 PM | Show all posts
matkpop replied at 3-1-2019 05:00 PM
Kenapa takmau naik bot?

ooh... i tersilap baca. i ingatkan naik bot kat Sg Mekong tu pun bot laju dan air deras macam p gua tu. rupanya tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 3-1-2019 05:27 PM
ooh... i tersilap baca. i ingatkan naik bot kat Sg Mekong tu pun bot laju dan air deras macam p gu ...

i ada claustrophobia. tak mahu masuk cave.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2019 05:39 PM | Show all posts
matkpop replied at 3-1-2019 05:33 PM
i ada claustrophobia. tak mahu masuk cave.

no worries. i suffer from the same thing
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara destinasi wishlist... harap dpt la pergi nti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2019 09:05 PM | Show all posts
Foxey replied at 3-1-2019 05:27 PM
ooh... i tersilap baca. i ingatkan naik bot kat Sg Mekong tu pun bot laju dan air deras macam p gu ...

Actually tour Sungai Mekong tu boleh ambil yang slow boat tak menakutkan sangat

Tapi most people pilih yang laju sebabnya boleh ke gua tu sekali so 2 in 1 lah.

Tour Sg Mekong + Pak Ou Cave, bayar sekali je.

Tapi nak slow boat punya tour pun boleh jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 06:34 AM | Show all posts
pergi tahun 2003, masa tu lagi unik sebab tak tourist destination lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2019 09:37 AM | Show all posts
faraway1 replied at 4-1-2019 06:34 AM
pergi tahun 2003, masa tu lagi unik sebab tak tourist destination lagi....

Saya pegi dua tahun lepas

Dah sesak dgn tourist dan backpacker

Yg Westerners tak apa lagi tapi yg busload turis China tu tak faham peraturan

Masa Alms Giving Ceremony bersesak ambil gambar sampai nak sua kamera ke mulut sami buddha tu punya nak rapat
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 11:13 AM | Show all posts
matkpop replied at 3-1-2019 05:33 PM
i ada claustrophobia. tak mahu masuk cave.

kesiannya kau
belum jumpa lagi org berpenyakit ini


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:03 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 3-1-2019 09:05 PM
Actually tour Sungai Mekong tu boleh ambil yang slow boat tak menakutkan sangat

Tapi most peopl ...

takut pulak baca air deras. jadi mungkin akan ambik slow boat je la kot kalau p
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:42 PM | Show all posts
photographer amik gamba nampak semua lawa je
kalau pegi betul2.. biasa biasa je la kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:51 PM | Show all posts
Sesuai buat yang berjiwa advanture bukan kaki soping
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 01:20 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 3-1-2019 08:37 PM
Saya pegi dua tahun lepas

Dah sesak dgn tourist dan backpacker

really tahun 2003 tu, masa upacara tu kat luang prabang...
boleh dikira dengan jari berapa orang tepi jalan masa tu...
sangat lengang.... tengok gambar lp tu sekarang,
jauh beza sangat dah... syukur pergi masa tempat tu belum glamer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pergi nak ke Kuang Si waterfall tu je. Tapi ramai gila orang sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternang sgt dkt luang prabang ni..suka2..skrg AA X de direct flight dh...
Kuang Si waterfall tu...seronok berendam kt kolam atas lg...tp kena hiking sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 02:14 PM | Show all posts
menarikni.. blh msuk wishlist hehee
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 01:58 PM | Show all posts
macam best..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064954 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list