|
Tak sampai sebulan seorang mak nyah dibunuh di Klang, kini seorang lagi ditemui maut.
Mangsa yang juga berasal dari Sabah turut dipercayai mati selepas didakwa mencuri telefon bimbit.
mStar Online melaporkan, mangsa dicampak keluar dari kenderaan di Jalan Batu Nilam, Bukit Tinggi 2.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli berkata,
"emeriksaan ke atas beg tangan mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan. Mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua lutut, buku lali kiri, kening kiri dan hidung, dipercayai berpunca daripada terjatuh dari sebuah kenderaan."
Gambar Hiasan
Menurutnya lagi, mangsa berusia 37 tahun dan mempunyai 3 rekod kes berkaitan dadah.
Seorang suspek, lelaki berusia 55 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati, suspek menuduh mangsa mencuri telefon bimbitnya. Dia kemudiannya bertemu dengan mangsa yang menafikannya.
Bagaimanapun Shamsul Amar menegaskan yang insiden terbabit bukan satu jenayah yang membenci golongan mak nyah. -CARI |
|