Isu Linda Rafar dan jururawat berlarutan seakan tiada kesudahannya. Kini, timbul pula isu baru apabila ada netizen yang mempertikaikan tindakan penyanyi kumpulan Elite ini galak mempromosikan produk makanan tambahan miliknya yang didakwa boleh melawan kanser!
Hal ini membuatkan ramai netizen menyampah kerana ia seperti menipu pengguna dengan produk yang 'over claim'. Lebih teruk kerana Linda sendiri sedang menjaga ibunya yang sakit tetapi tidak pula sembuh dengan 'ubat' tersebut, sebaliknya ke hospital pula. Adakah Linda sengaja mempergunakan kes yang tular ini untuk melakukan produknya?
Kredit foto: Twitter
"Sepatutnya bagi mak dia minum, baru betul testimoni."
Itu antara pendapat netizen yang marahkan Linda kerana mempromosikan produk yang kononnya boleh menyembuhkan segala penyakit seperti menghilangkan penyakit buah pinggang, diabetes malahan kanser sekalipun. Walhal ramai pengamal perubatan sudah menjelaskan tiada makanan tambahan yang boleh menghilangkan penyakit kritikal.
Netizen juga turut membidas mengapa perlu menghantar emak sendiri ke hospital kalau jus tersebut sebenarnya boleh merawat pelbagai penyakit?
"KKM dah boleh take action kot? This is bigger than bedsheets issue. @KKMPutrajaya."
Bagi netizen yang terdedah dengan fakta bahawa makanan tambahan tidak menyembuhkan penyakit, mereka lebih kasihan dengan orang ramai terutamanya pesakit yang terdesak untuk sembuh dengan ubat Linda ini.
Ini kerana terbukti produk yang dikatakan berkesan merawat penyakit itu sebenarnya adalah 'makanan' sahaja yang mengandungi gula serta khasiat buah, tidak lebih dari itu.
Ia membawa kepada netizen menyelar Linda yang mengkritik jururawat tetapi tidak pula memberi emaknya rawatan sepatutnya.
Kredit foto:
Bagi netizen, seakan sudah menjadi kemestian, selebriti menggunakan populariti mereka untuk menjual produk yang bukan-bukan kerana tahu ramai yang akan membelinya.
Kredit foto: IG
Jadi, sebagai artis yang mempunyai banyak pengaruh, Linda tidak seharusnya mempromosikan produk yang hanya lebih memburukkan penyakit seseorang itu. Menyatakan makanan tambahan boleh menghilangkan penyakit adalah di luar norma perubatan. Lebih kasihan apabila ada pesakit yang terpedaya kerana mahu sembuh. Jadi, di mana ihsan kita sebagai manusia? - CARI
|