View: 2099|Reply: 9
|
Selepas ulat sampah, tular pulak tikus berkeliaran didakwa berlaku di KLIA2. MAH
[Copy link]
|
|
Selepas ulat sampah, video tikus berkeliaran didakwa berlaku di KLIA2 pula tular
Ahad, 30 Disember 2018 10:56 PM
Tangkapan skrin yang diambil daripada video tersebut.
SEBUAH video seekor tikus menguis lantai permaidani sebuah ruang rehat di KLIA2 tular di aplikasi WhatsApp dan Twitter, Ahad.
Video berdurasi satu minit 13 saat itu menyatakan kejadian itu didakwa dirakam di ruang 'KLIA2 spots/movie lounge' berserta tarikh 28 Disember 2018.
Ia dipercayai merujuk kepada tarikh video tersebut dirakamkan.
Tikus berwarna perang itu dilihat bergerak di ruang antara dinding dan karpet bilik tersebut sebelum akhirnya lari menghilangkan diri.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai rakaman tersebut tidak dinyatakan.
Pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ketika dihubungi mStar Online memberitahu sedang meneliti rakaman tersebut dan akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat.
Seorang pelayar Twitter, @malikridhwan turut meluahkan kekesalannya terhadap video tersebut.
"Adakah anda menjangkakan untuk melihat ini (tikus) di ruang menunggu lapangan terbang?
"Seekor tikus merayau-rayau di 'movie lounge' di KLIA2. @MY_Airports tolong jelaskan tentang 'serangan' ini.
"Perkara ini tidak akan berlaku di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Saya terfikir-fikir sama ada KLIA2 mampu mencapai piawaian yang sama.
"Dan anda mengenakan PSC (Caj Perkhidmatan Penumpang) yang sama kepada kami," tulisnya di Twitter.
Bintik-bintik putih ini merupakan ulat sampah pada sebuah tong sampah yang dirakam oleh Aziz di KLIA2.
Sebelum ini, Ketua Perhubungan AirAsia, Mohd Aziz Laikar pernah memuat naik video rungutan terhadap piawaian kebersihan yang teruk di KLIA2 ke akaun Twitter.
Rakaman oleh Mohd Aziz itu menunjukkan sebuah tong sampah dipenuhi ulat di KLIA2.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan MAHB yang berbangga dengan pencapaian syarikat itu dalam pengurusan lapangan terbang.
"@MY_Airports hari ini (24 Disember) mengeluarkan kenyataan bangga mengatakan KLIA & #klia2 telah melebihi sasaran kualiti perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerangka Kualiti Perkhidmatan (QoS) Mavcom.
"Ini adalah video anai-anai pada tong sampah yang diletakkan di pintu p6 pada pagi ini berhampiran pintu pelepasan ke Perth," tulisnya yang kemudian menjelaskan bahawa ia adalah ulat sampah dan bukannya anai-anai. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada sampah ..busuk..adalah tikus mencari makanan. .bila ada tikus. ..adalah ular. .semua ni berkait. ...
satu faktor jadi. ..iaitu..kebersihan. ..kalau tempat bersih..tak.ada sampah...maka tak.ada ketiga2 makhluk Allah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selapas Ulat Sampah, Tikus Pula Berkeliaran Di KLIA2
Netizen kecoh bila sebuah video seekor tikus menguis lantai permaidani ruang rehat KLIA2 tular di Twitter dan WhatsApp.
Kejadian tersebut dirakam di ruang 'KLIA2 spots/movie lounge' berserta tarikh 28 Disember 2018.
Rakaman selama 13 saat itu menyaksikan tikus berwarna perang bergerak di ruang antara dinding dan karpet bilik tersebut sebelum lari menghilangkan diri.
">
mStar Online melaporkan, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang meneliti rakaman tersebut dan akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat.
Seorang pengguna Twitter, @malikridhwan memuat naik rakaman tersebut dan menyatakan, "Adakah anda menjangkakan untuk melihat ini (tikus) di ruang menunggu lapangan terbang?
"Seekor tikus merayau-rayau di 'movie lounge' di KLIA2. @MY_Airports tolong jelaskan tentang 'serangan' ini.
"erkara ini tidak akan berlaku di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Saya terfikir-fikir sama ada KLIA2 mampu mencapai piawaian yang sama.
"Dan anda mengenakan PSC (Caj Perkhidmatan Penumpang) yang sama kepada kami."
Kredit foto: mStar Online
Sebelum ini Ketua Perhubungan AirAsia, Mohd Aziz Laikar pernah memuat naik video rungutan terhadap piawaian kebersihan yang teruk di KLIA2 ke akaun Twitter.
Rakaman itu menunjukkan sebuah tong sampah dipenuhi ulat di KLIA2. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Euww tak reti panggil pest control ke klia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kotor dah malaysia ni sejak 9 mei dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mamat air asia yg nampak tikus tu, mungkin dia akan kata tu anak ferret. aritu maggot dikatanya termite |
|
|
|
|
|
|
|
MAHB ambil serius kes di KLIA2, pasang perangkap tikus
Isnin, 31 Disember 2018 12:11 PM
PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil serius terhadap aduan kebersihan yang dilaporkan berlaku di KLIA2 selepas rakaman seekor tikus berkeliaran di sebuah ruang rehat di lapangan terbang tersebut tular.
Pihak MAHB dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini berkata, mana-mana kejadian yang tidak diingini amatlah dikesali dan pihaknya akan mengambil tindakan segera sebaik menerima maklum balas daripada mana-mana pihak.
Menurutnya, Malaysia Airports menjalankan aktiviti pengawalan serangga secara berkala termasuk kaedah pengasapan yang dilakukan dua minggu sekali di seluruh bangunan terminal bagi membasmi serangga dan haiwan perosak seperti lipas, lalat dan tikus.
Aktiviti pembasmian tersebut dilakukan di bawah seliaan Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Ingin ditegaskan bahawa pihak kami mengambil serius aduan ini dan sebaik sahaja dimaklumkan.
“Langkah pembasmian tambahan telah diambil dengan meletakkan sejumlah perangkap tikus di kawasan yang terbabit serta dengan menjalankan pemeriksaan tambahan untuk menutup mana-mana laluan yang mungkin bagi haiwan perosak memasuki bangunan terminal,” menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, pihak MAHB turut mengalu-alukan cadangan yang membina daripada semua pihak bagi tujuan penambahbaikan berterusan dapat dijalankan di semua lapangan terbang yang diuruskan oleh syarikat terbabitSebarang aduan atau cadangan boleh disalurkan melalui emel di [email protected].
Kami amat menghargai maklum balas anda dalam memastikan penambahbaikan berterusan dijalankan di semua lapangan terbang kami.
mStar Online pada Ahad melaporkan, sebuah video seekor tikus menguis lantai permaidani sebuah ruang rehat di KLIA2 tular di aplikasi WhatsApp dan Twitter.
Video berdurasi satu minit 13 saat itu menyatakan kejadian tersebut didakwa dirakam di ruang 'KLIA2 spots/movie lounge' berserta tarikh 28 Disember 2018.
Ia dipercayai merujuk kepada tarikh video tersebut dirakamkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka toilet Klia2. Sikit jer 3 while waiting to board pestu que panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
baisa arr pompuan cam kau, last minute nak kencing dulu ready2 konon, cam la dlm palterbang tarak toilet.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|