CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 6

Pelajar Sempat Jawab Semua Soalan Peperiksaan Sebelum Lahirkan Anak

[Copy link]
Post time 28-12-2018 12:44 PM | Show all posts |Read mode



Noura melahirkan seorang bayi perempuan di dalam ambulans ini sebelum sempat tiba di hospital. Kredit foto: Step Feed


Seorang pelajar perempuan sempat menduduki peperiksaan di sebuah sekolah menengah di Madinah, Arab Saudi sehingga selesai sebelum dia melahirkan bayinya dalam perjalanan ke hospital.


Memetik laporan Step Feed pada 19 Disember, pelajar yang hanya dikenali sebagai Noura itu sedang menuntut dalam tahun ketiga di sekolah berkenaan namun usianya tidak dapat disahkan.

Seorang rakannya berkata, Noura masih berada di dalam dewan peperiksaan ketika dia mula merasakan masa untuk bersalin hampir tiba.

"Kami menaiki kereta yang sama untuk ke sekolah pada pagi hari peperiksaan dan dia nampak seperti tidak apa-apa. Tiada tanda-tanda dia hampir bersalin," jelasnya.



Noura mula berasa tidak sihat semasa menerima kertas peperiksaan namun terus menjawab semua soalan sehingga selesai. Kredit foto: Pexels



Dia menambah, Noura mula berasa tidak sihat selepas menerima kertas peperiksaan namun enggan meninggalkan dewan sebelum menjawab semua soalan.

Selepas menyerahkan kertas peperiksaannya, Noura dikatakan menjadi lesu sebelum dia pengsan semasa berjalan keluar dari dewan.

Pelajar perempuan berkenaan seterusnya dibawa keluar oleh penyelia peperiksaan dan guru-gurunya yang kemudian menghubungi petugas Persatuan Bulan Sabit Merah serta memaklumkan keluarga Noura tentang apa yang berlaku.

Sebaik sahaja petugas perubatan tiba, Noura dimasukkan ke dalam ambulans dan dia melahirkan seorang bayi perempuan dalam perjalanan ke hospital.

Kedua-dua ibu dan anak seterusnya dihantar ke sebuah pusat perubatan untuk menerima rawatan lanjut.

Tidak diketahui sama ada Noura beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut namun syukurlah dia dan anaknya selamat. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tau ke tidak yang diri dia mengandung?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2018 09:21 PM | Show all posts
kenapa bawah kerusi tu ada jaring?
wat letak buku cm tk patut
wat letak bekal makanan, lagila tak patut

wat letak apa sbnrnya?

baby?

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana: kenapa bawah kerusi tu ada jaring?wat letak buku cm tk patutwat letak bekal makanan, lagila tak patutwat letak apa sbnrnya?baby?

Dekat jaring tu ada perangkap toyol.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Paper apa tu hopefully bukan sejarahlah...

Kalau nak terkencing pun boleh lupa no hp...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah ke anak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2018 04:07 PM | Show all posts
berita ckp psl dia beranak je.
x dinyatakan detail mcm kat mesa nih,.. tarikh kawin, sape bapaknya, restu ke idok parentnya kawin mse kawin etc.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069802 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list