View: 2047|Reply: 5
|
Friendship Goals! Pengantin India Nekad Pilih Sembilan Sahabat Melayu Sebagai Pe
[Copy link]
|
|
Malaysia memang meriah dengan himpunan pelbagai bangsa dan latar belakang. Keunikan ini juga merupakan tarikan kepada orang luar yang mengunjungi Malaysia dan melihat sendiri pelanggaran budaya yang pelbagai ini.
Baru-baru ini, tular di Twitter gambar seorang pengantin lelaki India ditemani sekumpulan pengapit yang semuanya terdiri daripada jejaka Melayu. Memang jarang berlaku!
Kredit foto: Twitter
R. Shatheswaran, 31, menjelaskan bahawa dia ingin majlis perkahwinannya itu diiringi kesemua sembilan teman rapatnya dan bersama-sama mengisi memori bersejarah itu.
Shatheswaran juga menambah yang mereka semua mengenali antara satu sama lain ketika menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. Hubungan yang terjalin adalah sangat akrab seperti adik-beradik sendiri.
Mereka semua kini sedang menunggu panggilan penempatan bagi menjalani latihan sebagai pengamal perubatan.
Kredit foto: Twitter
"Jarak umur kami sekitar lima tahun kerana saya memasuki universiti agak lewat berbanding mereka. Saya juga ibarat abang paling tua dan mereka semua panggil saya 'Ane' (abang dalam bahasa Tamil)," katanya kepada mStar.
Kesemua teman rapat Shatheswaran memang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis ini. Mereka turut membahagikan tugas sebagai deejay, pengurus lantai, melayan dan menari bersama tetamu.
Keluarga pengantin juga menyediakan satu set persalinan tradisional untuk setiap pengapit lelaki yang dipanggila 'jippa' dan 'vheti' yang menelan belanja hampir RM1,500.
Cemburu betul tengok hubungan rapat mereka ini! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kang kata makan xhalal la apa la
dorang sllu order ngn katering mamak |
|
|
|
|
|
|
|
woww...barulah satu malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm biasa je...time kwn aku kawin bridesmaid dia cina, mlayu india.. Yg cina india siap pkai tudung sbb nikah kt masjid.bkn selendang ye.tudung siap serkup |
|
|
|
|
|
|
| |
|