CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3778|Reply: 11

Abby Abadi Kembali Jadi Inspektor Aleza Dalam Gerak Khas

[Copy link]
Post time 28-12-2018 11:07 AM | Show all posts |Read mode




Setelah lama bersara dari bidang lakonan, akhirnya Abby Abadi atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 41 mengesahkan akan menggalas kembali watak Inspektor Aleza dalam drama kepolisan Gerak Khas bagi musim terbaru 2019. Kali terakhir Abby berlakon drama tersebut ialah pada tahun 2011.



Berita itu dimuat naik menerusi laman Instagramnya beserta gambarnya yang sedang diukur saiz badan bagi uniform drama tersebut. Abby juga menyatakan yang dia akan memasuki lokasi penggambaran pada Januari 2019, maka terpaksalah penonton melihat polis gemuk kerana tidak sempat kurus.



Kredit foto: IG




"Sebenarnya, selepas raya tempoh hari Datuk Yusof Haslam dah beberapa kali bercakap mengenai hal ini. Malah, Norman pun ada menyampaikan tawaran Datuk kepada saya. Bulan lalu, lepas Datuk bercakap sendiri dengan saya, saya terus okey. Tak ada istilah pujuk pun."



Menurut Abby, dia menerima tawaran tersebut kerana nampak watak Aleza tidak membebankannya. Jadi tiada salahnya dia menerima tawaran tersebut. Malahan dia sangat teruja untuk berlakon kembali namun memerlukan masa untuk memecahkan lemak-lemak ditubuhnya sebelum kembali pada saiz model seperti satu ketika dahulu.


Kredit foto: IG





"Tunggu berat kurus dulu, baru saya terbang tangkap penjahat."


Abby juga menyatakan perlu membahagikan masa antara berlakon dan berniaga tetapi mengharapkan perjalanannya dipermudahkan.



Kredit foto: Carian Internet



Jadi, bagaimana? Anda yang membesar dengan drama Gerak Khas ini pastinya tidak sabar-sabar menyaksikan Inspektor Aleza beraksi kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 11:21 AM | Show all posts
mse si abby ni jadi polis tyme ni iols umo 13 tahun...
time tu cite ni memng trending semua org tgok
berdoyon2 kengkawan iols yg permpuan bercita2 nak jadi polis sebb  nak jd cam ala2 abby abadi
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh nak berlakon semula? Mmg polis wanita teringat sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti Abby ada sama scene ngan ZA tak???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:02 PM | Show all posts
Bagusnya Cari-Azza ni. Dia takut kita terlepas pandang benang yang satu tu, dia bukak lagi benang baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata xnak berlakon lagi si abby ni. Padan lah dah start pakai tudung bawal pendek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Plslah..... Buatlah kerja btl2. Menyampahnya sampai byk2 thread. Korang x da keje ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:47 PM | Show all posts
bodoh bangang berapa kali nak bukak thread topic yg sama bahalol..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 01:23 PM | Show all posts
mieymiey replied at 28-12-2018 12:02 PM
Bagusnya Cari-Azza ni. Dia takut kita terlepas pandang benang yang satu tu, dia bukak lagi benang ba ...

ouch ...





Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 03:52 PM | Show all posts
wahhhh
watak pling lama aby pegang..
hehehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2018 09:38 AM | Show all posts
apasal muka budak belakang Abby
tu macam terkejut?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2018 03:58 PM | Show all posts
abislah ko abby...tak lama lagi aku rasa tudung dia makin singkat balik...i bet! sbb duduk dlm dunia seni ni banyak godaan...aku better kata abby toksah dah nak berlakon2 ni...laki ko pun ada kerjaya tetap kan...berlakon penat wehh...ko tak serik2 lagi ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.418479 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list