CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 2

Budak Lelaki Selamat Dari Tsunami, Guna Gitar Kumpulan Seventeen Jadikan Pelampu

[Copy link]
Post time 27-12-2018 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa tsunami, Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10 menyelamatkan diri dari gelombang tsunami yang melanda pantai Carita menggunakan gitar milik kumpulan Seventeen.


Liputan6 melaporkan, Azmi dan keluarganya menyaksikan persembahan kumpulan tersebut pada hari kejadian.


Datuknya, Ashari, 64 berkata, keluarga tersebut berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri.




Foto: www.nytimes.com


"Apabila tsunami melanda, mereka tidak sempat lari hingga mengakibatkan anak, menantu, kedua cucu dihanyutkan air"


"Semasa dihanyutkan gelombang, cucu saya sempat mengapai gitar itu untuk membuatkan dia terapung."


"Cucu perempuan, Farzana Arfa Fahira atau Arfa, 7, juga terselamat kerana dilindungi oleh permaidani pentas."


Menantunya, Akhmad Diyak, berjaya menjadikan dahan pokok sebagai pelampung.


Bagaimanapun anak perempuan tunggalnya terkorban, Ninil Ukhita Anggra Wardani dan ditemui pada 23 Disember di sekitar Tanjung Lesung.


Walaupun sedih, Ashari berkata dia perlu cekal agar cucunya kuat untuk meneruskan hidup.


"Apabila mereka bersama saya, mereka tenang, tetapi ketika mereka bersendirian, kadang-kadang mereka menangis. Biasanya cucu akan memeluk ibu mereka ketika pulang dari kerja tetapi kini tidak lagi." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 11:48 AM | Show all posts
hoh ni mangsa yang depan pentas tu ke.. dari video duk cium2x cucu dia tu?
itu ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur sangat tindakan reflex capai gitar tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055521 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list