“Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah."
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa tidak terkesan dengan sindiran pelbagai pihak mengenai 'Warkah Dari Cordova Buat Nurul Izzah'.
Kredit foto: The Star
Suratnya itu mendapat perhatian meluas hingga diajuk di alam maya dek kerana penggunaan kata ganti nama kekanda dan adinda. Malah, mantan perdana menteri Najib Razak turut tidak ketinggalan.
"Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini.
"Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua," jelasnya menerusi laman Facebook.
Mujahid yang dalam perjalanan ke dari Cordova ke Madrid, Sepanyol, kelmarin telah menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah dengan membahasakan dirinya sebagai kekanda dan memanggil Nurul Izzah sebagai adinda.
Walaupun terbuka dalam menerima sindiran dan teguran daripada pelbagai pihak, Mujahid berharap orang ramai memahami dan menghayati isi kandungannya. - CARI |