Aksi mesra Kate Middleton dan Meghan Markle ketika sambutan Krismas menepis dakwaan kononnya kedua-dua duchess itu sedang bermasam muka.
Memetik Daily Mail, Ratu Elizabeth telah mengarahkan isteri kepada Putera William dan Putera Harry itu supaya berdamai ketika menyertai ahli keluarga diraja lain untuk menyambut Krismas di Sandringham, Norfolk.
Ratu dan Putera Charles dikatakan telah memberi amaran supaya sebarang persengketaan antara mereka tidak kelihatan di mata orang ramai ketika tiba bersama di Gereja St Mary Magdalene.
Selain kelihatan mesra dan bergurau-senda, Duchess of Sussex turut dilihat meletakkan tangannya di belakang tubuh Duchess of Cambridge ketika meninggalkan gereja berkenaan.
Menurut sumber The Sun, Ratu dan Charles memilih untuk memerhati dan tidak campur tangan secara terang-terangan dalam khabar angin perbalahan di antara mereka.
Kredit foto: Daily Mail
Namun, mereka menegaskan bahawa Hari Krismas adalah untuk diraikan seluruh ahli keluarga bersama. - CARI
|