View: 1918|Reply: 10
|
Ditikam Isteri Kerana Membeli-belah Terlalu Lama
[Copy link]
|
|
Dek kerana cemburu buta, seorang wanita menikam suaminya hanya kerana mangsa 'mengambil masa terlalu lama' ketika membeli-belah sempena perayaan Krismas.
Memetik Mirror, Stuart Simpson, 45, ditikam isterinya, Sonia Simpson, 52, empat kali dengan pisau dapur rumah mereka di Great Yarmouth, Norfolk.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan demi menyelamatkan nyawa tukang masak itu pada Krismas 2017.
Difahamkan, isterinya yang tidak bekerja itu dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan dilakukannya.
"Saya pergi ke bandar, sementara Sonia menghabiskan masa bersama rakannya, Stacey di rumah.
"Tetapi, saya mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan kerana membeli-belah di saat-saat akhir.
"Setibanya di rumah lima jam kemudian, saya dapati Sonia mengamuk.
"Dia yang ketika itu mabuk bertanya kepada rakannya sama ada saya seorang yang bodoh dan apabila Stacey menafikannya, Sonia terus menerkam dan menumbuk wanita berkenaan," ujarnya.
Bagaimanapun, Sonia berang dan cemburu apabila Stuart melindungi Stacey sebelum menikam mangsa.
Kredit foto: Mirror
Difahamkan, Sonia sebelum ini sering mengawal suaminya selain menuduh mangsa curang dan tidur dengan wanita lain ketika menghadiri pengebumian ibunya.
Pernah suatu ketika, Stuart pulang lewat dan isterinya menuduh dia tidur dengan majikannya.
Stuart mendakwa isterinya tidak pernah mempercayai dirinya dan sentiasa cemburu jika dia didekati mana-mana wanita. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka ko acik...sekarang ko masuk dalam laki ko boleh enjois sepuasnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sape suruh carik laki muda jauh beza dari umur. Kan dah saiko... Insecure jadik Psycho... |
|
|
|
|
|
|
|
muka wife dia pun scary aku tengok... |
|
|
|
|
|
|
|
gilerrrr cemburunya
ke suami pernah kantoiii |
|
|
|
|
|
|
|
Shopping last minute laa kak oi, mestilah jems (yeke? Entah. Meols assume sama mcm msia gak. Org serbu harga last sbb murah). |
|
|
|
|
|
|
|
Emm
Cemburu eh?
Emm...🤔🤔 |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor: muka macam steve buscemi
tang mata macam skop ice cream kan ..gigi pun nak sama |
|
|
|
|
|
|
|
Gila ko 14 tahun. Merana la acik kat dalam tu. Suami aman-aman hidup tanpa psychopath macam acik. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok la suami dia nnt berskandal ngan pompuan lain sbb bini dah masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
| |
|