"Ini bukan kali pertama pun. Malah, dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga, tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya, kalau tidak suka, sekat atau jangan komen apa-apa."
Penyampai radio Nana Mahazan mendedahkan ia bukan kali pertama penampilan anak sulungnya, Althea, 8, dipersoalkan pihak yang tidak berperasaan.
Memetik Media Hiburan, Nana mengakui dia terkilan dengan pihak berkenaan yang tidak sensitif mengaibkan fizikal anaknya.
"Tidak kisah nak kata dia selekeh, sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini. Ia terpulang.
"Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu, dia gemar mengenakan baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi, sekarang dia lebih gemar kenakan baju longgar, sweater dan sebagainya.
"Anak yang sedang membesar ni ambil masa untuk mengenali diri, fesyen dan sebagainya," jelas pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan itu.
Ibu mana tidak kesal dan sedih apabila penampilan dan rupa paras anak mendapat kritikan dan komen negatif.
"Saya okey saja, tapi saya sedih sebab ada yang tak sensitif mengenainya. Komen pun melampau, jahat.
"Kenapa ya masih ada yang macam tak ada rasa hormat. Saya tak akan pergi ke akaun orang yang tak dikenali dan cakap 'anak kau hodoh'," ujarnya terkilan.
Kredit foto: IG Nana
Kebanyakan yang suka mengutuk orang lain sebab mereka cemburu. Tak begitu? - CARI
|