CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17421|Reply: 81

Braces, Trend Atau Keperluan ? 5 Perkara Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Pakai Brace

[Copy link]
Post time 24-12-2018 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda mengalami masalah gigi tidak teratur dan boleh menimbulkan kesusahan kepada anda untuk mengunyah makanan, sukar untuk tutup mulut dengan sempurna, gigi mudah berlubang dan pelbagai masalah lain, pendakap gigi atau braces merupakan pilihan terbaik untuk menyusun semula gigi dengan lebih teratur dan baik.




Foto: Dr. Frost




Selain menjadi keperluan kepada yang memerlukan, pendakap gigi juga dijadikan trend dan fesyen hingga menjadi kegilaan anak muda sekarang yang lebih dikenali dengan nama fake braces.


Mempunyai pelbagai jenis reka bentuk dan warna yang mampu menarik perhatian, maka tidak hairanlah jika pendakap gigi palsu ini menjadi pilihan utama anak muda untuk berfesyen.


Dalam keghairahan untuk berfesyen, anda juga perlu tahu bahawa pemakaian pendakap gigi palsu ini juga mempunyai impak negatif kepada si pemakai yang mempunyai gigi sihat dan kukuh. Gigi anda boleh mereput, rosak, bergoyang, tidak berfungsi dan terpaksa dicabut! Jika anda berkeras mahu mencuba untuk memakai braces, anda perlu tahu beberapa perkara ini.





Foto: Imgrum






Pelbagai Jenis Braces



Terdapat beberapa jenis braces di pasaran yang boleh didapati. Antaranya Conventional Bracket (Metal and Ceramic), Clear Ceramic Braces, Self Ligating Bracket (Metal and Ceramic), Lingual Braces dan Clear Path Braces. Pilihan bergantung kepada bajet dan kesesuaian kes yang anda alami.

Conventional Bracket (Metal and Ceramic) selalunya menjadi pilihan remaja terutama sekali golongan wanita kerana ia lebih murah dan mempunyai elastic berwarna yang mampu menarik perhatian orang yang melihatnya.




Kena X-Ray Dulu


Sebelum pasang braces, anda perlu berjumpa dengan Pakar Ortodontik dan sinaran X perlu dibuat terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukan. Contohnya, tampalan ataupun cabutan. Tapi, kalau pakar mengesan anda mengalami masalah serius, kemungkinan besar akan ada beberapa batang gigi rosak yang akan dicabut.




Sakit Atau Tidak?


Selepas pemasangan braces, anda akan berasa kurang selesa. Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit disebabkan rasa tidak selesa itu. Selepas seminggu, barulah rasanya berkurangan.


Selepas tamat tempoh, braces boleh ditanggalkan tapi anda digalakkan untuk memakai retainer 24 jam sehari untuk tempoh enam bulan pertama bagi memastikan gigi betul-betul kukuh di kedudukan baru.




Pemeriksaan Susulan Setiap Bulan


Ini wajib dilakukan untuk memastikan gigi bergerak mengikut pelan rawatan yang telah ditetapkan oleh pakar atau doktor.




Had Umur


Tiada had umur ditetapkan dan apa yang paling penting adalah gigi dan gusi anda berada dalam keadaan sihat.


Tidak salah sebenarnya anda nak mencuba untuk memakai braces, tapi seboleh-bolehnya biarlah anda pakai yang berkualiti dan terjamin keselamatanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2018 01:05 PM | Show all posts
still, first step nye..

doktor kerajaan ke doktor swasta
kalau kerajaan, berapa lama kena tunggu giliran?
swasta, berapa ribu lemon kena prepare?

yang penting, harga ribu-riban lemon tu ler

lama teringin nak pakai braces ni
gigi berterabur macam kena lempang
nak tidur pun payah tutup mulut
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade ke org saje2 pkai braces ni? Aku br 4 bln pkai da meluat je rase. Asik la berulang pegi dentist. Ade lg 2thn nk hadap ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gomen bertahun jugak la. Kawan iolss buat kat gomen, dari form 4 dia register, 2nd year kat kolej baru pasang.

Kalau private, masa tahun 2015 iolss buat, lepas survey 5-6 klinik, dalam RM5k-5.5k
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 02:52 PM | Show all posts
kolig i br pakai last month..i sian tgk dia xleh makan...btl la org ckp beauty is pain

kurus gila dia skg sbb xleh nak makan sgt..asik telan bubur je

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurlah yang gigi teratur cantik tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 24-12-2018 01:57 PM
Ade ke org saje2 pkai braces ni? Aku br 4 bln pkai da meluat je rase. Asik la berulang pegi dentist. ...

Ada je yg pakai sebab ingat nampak cool pakai braces. Kalau tak, takdelah trend pakai fake braces warna-warni tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 24-12-2018 02:52 PM
kolig i br pakai last month..i sian tgk dia xleh makan...btl la org ckp beauty is pain

kurus gila ...

Bln pertama je sakit sis. Bln ke2 nti da ok da. Nti lame2 da xsakit da, cume rase rimas je ade besi dlm mulut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 24-12-2018 03:30 PM
Ada je yg pakai sebab ingat nampak cool pakai braces. Kalau tak, takdelah trend pakai fake braces  ...

Sanggup eh sbb nk ikut trend. Sakit kot pkai bende ni mula2. Yg fake tu xtau la cane gaye sakitnye. Dgn gg lmbt gerak mula la aku nk stress
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 04:27 PM | Show all posts
mat shahir bf erra tu bertahun2 pakai tak bukak2 ok jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 04:31 PM | Show all posts
netto_ replied at 24-12-2018 04:11 PM
Bln pertama je sakit sis. Bln ke2 nti da ok da. Nti lame2 da xsakit da, cume rase rimas je ade bes ...

oo ye ke..nnt nk tgk bln 2 sheols cane..sbb skg ni asal nk lunch kene cari tmpt dia bole makan bubur sian la dia..tp tu la nk cantik pny pasal


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 05:54 PM | Show all posts
kroit92 replied at 24-12-2018 01:05 PM
still, first step nye..

doktor kerajaan ke doktor swasta

Menunggu ni mmg perkara biasa kat Malaysia ini. Cth mcm kat bank pun, walaupun ada banyak kaunter tapi satu kaunter ja dia bukak. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 05:55 PM | Show all posts
netto_ replied at 24-12-2018 01:57 PM
Ade ke org saje2 pkai braces ni? Aku br 4 bln pkai da meluat je rase. Asik la berulang pegi dentist. ...

Ada ja. Macam-macam jenis. Tapi ada jgk yang pakai untuk kebaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 05:56 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 24-12-2018 01:58 PM
Kalau gomen bertahun jugak la. Kawan iolss buat kat gomen, dari form 4 dia register, 2nd year kat ko ...

Fuhh. Mahal jugak eh. Tengok kualiti jugak kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 05:57 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 24-12-2018 02:52 PM
kolig i br pakai last month..i sian tgk dia xleh makan...btl la org ckp beauty is pain

kurus gila ...

Beauty is pain ? Hahaha. Betul jugak tu. Siap boleh kurus ni kira tak perlu nk diet2 yg jenis hardcore jgk la kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 05:58 PM | Show all posts
moonbug replied at 24-12-2018 03:30 PM
Ada je yg pakai sebab ingat nampak cool pakai braces. Kalau tak, takdelah trend pakai fake braces  ...

Setuju. Macam-macam jenis ada sekrang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2018 05:58 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 24-12-2018 04:27 PM
mat shahir bf erra tu bertahun2 pakai tak bukak2 ok jer

Kes tu kot erra dok main tarik tali lagi dgn dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
MN_jarilaju replied at 24-12-2018 05:58 PM
Setuju. Macam-macam jenis ada sekrang ni.

Yang saja pakai ni ingat they look cool, tapi sebenarnya pitiful orang yang betul-betul perlu pakai braces dok mengeluh seksa pakai braces. Anyway ada bad effect ke kalau saja-saja pakai braces ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 24-12-2018 04:13 PM
Sanggup eh sbb nk ikut trend. Sakit kot pkai bende ni mula2. Yg fake tu xtau la cane gaye sakitnye ...

Kena cabut berapa batang gigi before pakai? My sis kena cabut 4. Seksa gila katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 06:05 PM | Show all posts
moonbug replied at 24-12-2018 06:03 PM
Kena cabut berapa batang gigi before pakai? My sis kena cabut 4. Seksa gila katanya

Kena cabut gigi yang menakutkan tu. Mgkn sbb gigi ada masalah kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.118891 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list