CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2350|Reply: 11

Membazir! Sekolah Arahkan Murid-Murid Buang Susu Ke Dalam Longkang

[Copy link]
Post time 21-12-2018 05:22 PM | Show all posts |Read mode

Seorang murid membuang susu ke dalam longkang di Sekolah Rendah Pusat Luohong di mukim Longhui, Hunan, China. Kredit foto: South China Morning Post



Sebuah sekolah di China dikritik kerana mengarahkan murid-muridnya membuang susu yang diberi secara percuma oleh kerajaan ke dalam longkang.

Memetik laporan South China Morning Post pada 20 Disember, netizen mempersoalkan tindakan itu berikutan rakaman video yang tular dalam Weibo minggu lalu menunjukkan murid-murid Sekolah Rendah Pusat Luohong di mukim Longhui, Hunan melakukan perbuatan tersebut.

Mereka berpandangan, perbuatan itu menyebabkan berlaku pembaziran terhadap susu subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan China setiap hari.

Walau bagaimanapun, guru besar sekolah berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zeng mempertahankan tindakan itu dan menjelaskan, ia dilakukan bagi menjaga kesihatan murid-murid.

"ernah berlaku di mana mereka membawa pulang susu yang dibekalkan dan menyimpannya sehingga berbulan-bulan," jelasnya.



Pihak sekolah menjelaskan susu terpaksa dibuang bagi mengelakkan murid-murid menyimpannya selama berbulan-bulan dan meminum susu basi. Kredit foto: South China Morning Post.


Beliau memberitahu, susu terpaksa dibuang bagi memastikan murid-murid tidak membawanya pulang ke rumah dan meminumnya setelah ia menjadi basi.

Malah, kata Zeng, terdapat beberapa kes di mana murid-murid mengalami keracunan makanan akibat meminum susu basi dan ibu bapa menemukan kotak-kotak susu yang telah melepasi tarikh luput disimpan di rumah mereka.

Lebih memburukkan keadaan, beliau menjelaskan, ibu bapa menyangka pihak sekolah memberi susu yang telah melepasi tarikh luput kepada anak-anak mereka.

Zeng berkata, susu yang dibuang ke dalam longkang seperti yang dipaparkan dalam rakaman video tersebut merupakan sisa yang tidak lagi diminum oleh murid-murid.

Katanya lagi, pihak sekolah sedang berbincang dengan pegawai-pegawai kerajaan China bagi mencari jalan untuk mengelakkan pembaziran susu berlaku pada masa hadapan.


Walau apapun alasan yang diberikan, perbuatan membazir hendaklah dielakkan dan kanak-kanak tidak sepatutnya diberi dorongan untuk melakukannya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
oooo...ingatkan program susu 1malaysiaaa yg mazslee cakap hilang tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 05:37 PM | Show all posts
Ada eloknya mereka sendiakan tong sampah dari beramai2 buangnya kedalam longkang macam ni kebersihan persekitaran pulak yang akan jadi kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 05:39 PM | Show all posts
bodoh arrr bangsa berak dalam train ni

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 05:56 PM | Show all posts
ni semua salah... eh..
bukan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 06:15 PM | Show all posts
baik terapkan nilai skali buang ke dalam tong sampah dripda buang dlm longkang...
bengap gak diorg ni.. hahhaahahah didik budak buang dlm longkang..
tu psal environment sana kotor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke negara luar pun tak suka rakyat mainland ni? Aku tengok YouTube,dorang punya attitude... Beristighfar aku masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pas buang tu ajarla dorang basuh, ni kalau biar tak ke busuk baunya. sekolah ni memang didik budak jadi hansuang ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Susu 1malaysia yg dutchlady tu selalu i dpt minum sbb budak sekolah nye taknk minum
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangangnya negara komunis ni? Xnak suruh minum susu basi, ajar lah budak2 tu baca expiry date.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak kena buang dalam longkang
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 memang tak suka minum susu pun. Salah sorangnya anak aku. Nak kena paksa marah2 sikit baru nak minum.

So boleh je paham takut expired tapi tak perlu la buang merata2 mcm tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.728929 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list