CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9926|Reply: 64

"Kalau Saya Tak Boleh Berikannya Zuriat, Saya Izinkan Suami Kahwin Lain,&qu

[Copy link]
Post time 21-12-2018 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Sudah lima bulan sejak Datuk A Aida mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.


Namun penerbit terkenal ini mengakui yang pada usianya sekarang yang menjangkau 47 tahun, adalah agak sukar baginya untuk hamil.


  



  



“Jika suatu hari suami bertanyakan soal anak dan saya tak boleh berikannya zuriat, saya izinkan dia berkahwin lain,”katanya kepada Harian Metro.


Bagaimanapun dia sentiasa percaya kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.


  



  



“Sebelum berkahwin, saya ada bertanya kepada suami mengenai perkara ini. Dia kata kalau tak ada rezeki, tak apa. Saya faham dia masih muda dan sudah tentu dia inginkan zuriat sendiri. Buat masa sekarang, dia tak bercakap lagi perkara ini.


“Pada usia sekarang saya berasakan sukar untuk hamil, tetapi kita tak tahu ketentuan Allah. Jika ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, saya reda.'


Tambah Aida, mereka berdua banyak menghabiskan masa dengan memancing, bersenam di gimnasium, mengikuti kelas piano dan belajar bahasa Mandarin serta Perancis.


  



“Alhamdulillah, sejak berkahwin kehidupan saya kembali sempurna. Apa saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan dan kesihatan yang baik di samping orang tersayang iaitu suami dan anak-anak.


“Disebabkan itu, saya dan suami memilih untuk melakukan aktiviti sihat dan bermanfaat bersama. Dalam sebulan kami akan pergi memancing dua kali. Kalau datang ‘mood gila’ setiap minggu kami akan pergi. Sebelah malam pula kami ke gimnasium. Sekarang, kami baru mengikuti kelas piano.


“Selain itu, kami juga belajar bahasa Mandarin dan Perancis. Selepas ini, nak belajar beberapa bahasa lain pula. Jadi, kalau melancong ke negara orang senang sikit nak berkomunikasi."


Foto: IG A. Aida


Menurut kenyataan Harian Metro, Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 dan bercerai pada 2003.


Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Wan Az Aleesa, 21, dan Wan Azevanatassha, 16 tahun.


Aida kemudian berkahwin dengan pegawai polis, Suffian Sulaiman pada 2007, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2013.


Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 9. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orix at 21-12-2018 04:30 PM

Aiyoh... iols ternampak peta apa kat celah ketiak gambar kedua last tu ???? {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 04:45 PM | Show all posts
murninya hati sis
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna surrogate mom da la awak byk duit buat ivf je n implant kan embrio kat surrogate mom tu.  Ala ala nikah kontrak utk dptkan baby je. Bole ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoryus gila laki beliau
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami dia pelakon rasanya, tapi suam2 kuku ja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2018 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu daki ke apa dekat keriak tuuu? Ketiak berkerak!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 06:42 PM | Show all posts
janji dpt anak ikan kan...semoga #tilljannah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xtau plak makin berumur, idung boleh tumbuh jd mancung
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
heols bukan nak tabur benih kat ko, heols nak duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Spicymami replied at 21-12-2018 04:51 PM
Guna surrogate mom da la awak byk duit buat ivf je n implant kan embrio kat surrogate mom tu.  Ala a ...

Berdosa oiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun suami sheols whoayus tapi nampak sedap dan ensem..  Tu yg kuar statement sayang sangat tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bnyak nye aktiviti sheols...
kelas piano la kelas 3rd languanges la..rajin sunggoh depa laki bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon tanya tin yah kat mana sheolls buat ivf. Tp pd mak a. Aida ni lbh kpd nak companion. Malas dah nk pikir bgn mlm tukar lampin buat susu segala.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
a.aida ni antara retis yg lepas operate nampak lagi cantik dan tak pelik mukanya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo replied at 21-12-2018 08:52 PM
bnyak nye aktiviti sheols...
kelas piano la kelas 3rd languanges la..rajin sunggoh depa laki bini

I rasa saje je tu nk abiskan masa sama2 biarkn bz manjang.. Klu x, tkt laki tu meliar kt luar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hukalohmungneh replied at 21-12-2018 08:05 PM
Berdosa oiii

Apo dosa plak nikah jela la mak surrogate tu, da beranak sok cerai la.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Spicymami replied at 21-12-2018 10:42 PM
Apo dosa plak nikah jela la mak surrogate tu, da beranak sok cerai la.

Nikah baguslah.
Kalau org barat takdenya nak menikah.
Tapi berkahwin semata nak anak & kendian cerai kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada selera pulak laki dia ni hadap dgn dia ni kan??? Euwwww muntohhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.187530 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list