Seorang lelaki warga Turki dikhianati dan ditipu isterinya sepanjang lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka.
Memetik Hurriyet Daily News, Necdet C, 45, menyedari bahawa tiga anaknya sebenarnya hasil perhubungan sulit isterinya dengan lelaki lain.
Foto: Hurriyet Daily News
"Sepanjang hidup saya ditipu isteri sendiri," kata tukang pastri itu.
Katanya, wanita itu bukan saja curang, malah memperdaya Necdet untuk membelikan sebuah apartment baru untuknya.
Difahamkan, lelaki itu telah memfailkan cerai isterinya yang hanya dikenali sebagai İlkay Y, 37.
Lebih menyedihkan, wanita itu melarikan diri bersama kekasihnya dipercayai bapa kandung kepada ketiga-tiga anak mereka ke Istanbul pada enam tahun lalu.
İlkay juga memberitahu Necdet bahawa dia tidak boleh mendapatkan hak penjagaan anak memandangkan dia bukan bapa kandung mereka dan ujian DNA juga mengesahkan mereka bukan anak kandungnya.
"Saya bekerja lapan jam sehari, manakala isteri saya hanya tinggal di rumah. Saya rasa dia berlaku curang ketika setiap kali dia kononnya mengunjungi rumah bapanya," katanya.
Menurutnya, sejak melarikan diri dengan anak mereka pada enam tahun lalu, İlkay sering 'mengubah alamat' untuk mengelak daripada dijejaki Necdet.
"Saya menemaninya di hospital ketika dia melahirkan mereka. Malah, saya membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Saya yang menghantar mereka ke sekolah.
"Tetapi, kini saya dapati hidup saya hanyalah satu penipuan," ujarnya.
Tambahnya, dia tiada apa-apa jika dia gagal mendapatkan hak pemilikan rumah berkenaan.
"Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada İlkay selain berharap Tuhan menghukum dia dan kekasihnya itu," katanya. - CARI |