CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2163|Reply: 16

Tikam Anak Saudara Kerana Tinggal Pinggan Atas Lantai

[Copy link]
Post time 20-12-2018 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki menikam anak saudaranya hingga maut kerana berang mangsa bersikap biadab terhadapnya.


Memetik TribunNews, Rudy Edward Tehupeiory, 43, 'naik hantu' selepas dihina dan dimaki mangsa, Learsi Axel Wattimena, 23, menyebabkannya bertindak demikian.




Gambar Hiasan




Dipercayai, kejadian yang berlaku di Jakarta itu bermula apabila Rudy tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang membiarkan pinggan makannya di atas lantai bilik ibu suspek.


Bagaimanapun, mangsa enggan membawa pinggan itu ke dapur selepas ditegur suspek. Malah, Learsi membentak Rudy dengan kata-kata makian hingga melemparkan perkataan 'anjing' menyebabkan bapa saudaranya itu berang.


Gagal mengawal amarahnya, Rudy mencapai pisau di dapur sebelum menikam perut dan paha anak saudaranya itu.


Ahli keluarga yang menyedari kejadian segera membawa Learsi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun doktor gagal menyelamatkan nyawanya.


Berikutan itu, suspek ditahan polis sejurus laporan dibuat keluarga mangsa. Ketika disoal siasat, Rudy mengaku berniat untuk membunuh mangsa kerana berang dihina anak saudara sendiri.


Suspek berdepan hukuman penjara lebih lima tahun, jika sabit kesalahan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 01:31 PM | Show all posts
biasa arrr kaper

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baran boleh tahan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:34 PM | Show all posts
dah lama tahan sabar kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:38 PM | Show all posts
Dah la pemalas, bila ditegur dianjingkan pula orang tu.
Kena dengan orang panas baran macam pakcik dia ni.
Memang mendapatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan budak kecil. dah tua rupanya, dah duduk dengan orang baran tu kene hati2, kang mendapatlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2018 02:31 PM | Show all posts
tapi indon memang guna anjing pun kan..
ya anjink maju lo anjink
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 04:28 PM | Show all posts
ya tuhan mati2 aku ingat kat negara caucasian mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka Jah mampos. Aman donia.

Trimas pada pamannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 05:08 PM | Show all posts
itu lah akibat suruh orang lain jadi kuli
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:06 AM | Show all posts
nama tak menahan...
aku ingatkan ummah kokesen..
sekali baca berlaku di Jakarta daaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:27 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-12-2018 02:31 PM
tapi indon memang guna anjing pun kan..
ya anjink maju lo anjink

Perasan tak Indon panggil dokter dengan kata singkatan Doc? Macam panggil dokter tu dog pulak..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:30 AM | Show all posts
highcastle replied at 21-12-2018 10:27 AM
Perasan tak Indon panggil dokter dengan kata singkatan Doc? Macam panggil dokter tu dog pulak..... ...

dorang memang suka singkatkan nama..nama rudy kok dipanggil rud



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:42 AM | Show all posts
mendapat lah dik, makan pun malas nak hantar ke dapur
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:53 AM | Show all posts
bca tang nama ingat org putih
tu la pemalas sgt
tp sia2 jerk org tu mati ko pulak ke dalam mereput
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
News serious tpi komen2 korg mmg lawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama pendam la tu. Dh besa gabak pun perangai childish tkde toleransi n respect towards others, hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.224336 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list