CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7816|Reply: 71

[Tempatan] Nak Tengok Muka Pembunuh Anak Saya - Ibu Adib

[Copy link]
Post time 19-12-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: "Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu...sampai bunuh anak saya," demikian luahan Asma Aziz, 51, iaitu ibu kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang maut akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu.

Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kematian anaknya itu.



ADVERTISING

Dan apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa Muhammad Adib ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara.


"Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan, apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini.

Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.

Pada masa sama, Asma berkata pihaknya menghargai keprihatinan ramai pihak khususnya di media sosial yang mahu kematian anaknya itu turut dibela ke muka pengadilan.

"Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)...saya tak sanggup lagi.

Mengimbas semula sifat Muhammad Adib, Asma berkata, anak kedua daripada empat beradik itu amat rapat dengan keluarga malah sentiasa pulang ke kampung menaiki pengangkutan awam setiap kali cuti.

Katanya, selain itu, Muhammad Adib juga akan mengambil cuti untuk membantu bapanya mengerjakan sawah setiap kali musim menanam padi tiba.

"Kalau cuti dua hari pun arwah akan pulang ke rumah menaiki kereta api atau bas sebab arwah memang rapat dengan keluarga.

"Kalau musim menanam padi tiba, arwah akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah," katanya yang mengakui tidak dapat tidur lena malam tadi berikutan merindui Muhammad Adib.

Malah ketika ditanya lebih lanjut mengenai Muhammad Adib, Asma bagaimanapun tidak dapat menjawab berikutan terlalu sebak.

Katanya, dirinya sekeluarga juga tidak membuat keputusan lagi sama ada mahu 'menukar' majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 22 Disember ini sebagai kenduri tahlil berikutan masih terlalu sedih dengan insiden menimpa mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga termakbul Doamu wahai ibu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:06 PM | Show all posts
Ibu mahu lihat wajah penjenayah sebabkan kematian Adib

http://www.kosmo.com.my/terkini/ ... atian-adib-1.807611


Asma (kiri) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:07 PM | Show all posts
kesiannya.pesawah rupanya patut la muka parents adib jauh lebih tua dari umur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pon sedih..
Anak nya dibunuh .. rasa cm isk..
Iols xdpt gambarkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak pesawah rupanya {:cryrun{:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2018 03:38 PM | Show all posts
besar dugaan ibubapa arwah
mengebumikan anak kesayangan yg baik

insyaAllah..Allah jua kurniakan kesabaran dan redha atas segalanya



Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:40 PM | Show all posts
kesiannya..
bukan senang nk trima kenyataan
semoga mendpt keadilan dn pembelaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 03:42 PM | Show all posts
i rasa cukup la media dok interview family dan tunang arwah ni..
dorang tengah bersedih kot..
lagi ko datang nak tanya itu ini..
bagi la dorang ruang nak bertenang..
patutnya ko pi push pihak berkaitan untuk bawa pelaku ke muka pengadilan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
.. Semoga keluarga ini bertabah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la anak yg sgt baik. Kluarga mnyayanginya dn Allah lbih mnyayanginya. Allah ambik dia dgn kmatian sbg seorg yg disanjung n didoakn oleh rmai org. Mgkin ini blasan Allah utk kbaikan arwah kpd ibubapanya. Alhamdulillah brtuahnya arwah. Moga ibubapanya skeluarga tabah n kuat smngat utk lalui hari2 yg mndtg aminn
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:55 PM | Show all posts
Anak2 yg baik ni Allah ambik awal2
Arwah Hafiz, Arwah Adib, Arwah adik2 yg mati dlm kebakaran 4 org tu
semua jenis yg bertanggungjawab
meruntun hati sgt
harap dipermudahkan segala urusan keluarga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra: kesiannya.pesawah rupanya patut la muka parents adib jauh lebih tua dari umur.

abis,umo 51.muka ptut cmne lak......?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:58 PM | Show all posts
chandrahusin replied at 19-12-2018 03:55 PM
Anak2 yg baik ni Allah ambik awal2
Arwah Hafiz, Arwah Adib, Arwah adik2 yg mati dlm kebakaran 4 or ...

aa. zulfarhan budak UPNM pn anak baik..anak harapan fmily.sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok tu pegang ikan so gentle. Alfatihah adik adib
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 19-12-2018 03:55 PM
Anak2 yg baik ni Allah ambik awal2
Arwah Hafiz, Arwah Adib, Arwah adik2 yg mati dlm kebakaran 4 or ...

Arwah Zulfarhan Osman juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Give them some space to grieve in peace please.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:08 PM | Show all posts
kes tgh panas, media xkan berenti laa cover, nk bg laris produk masing2... one family's grief is another company's profit...misery business...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gantung terus sekor sekor geng sotong legam yang pukul dia. Agar Adib dapat keadilan. Isteri isteri geng p*ndek itu semua pula tak lagi perlu bayar mahar bulanan kepada suami masing masing
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:13 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga arwah... semoga anakmu tenang di sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.308633 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list