View: 1084|Reply: 3
|
[Politik]
Kerusi parlimen cameron sudah sah kosong..sapa bakalan cash??
[Copy link]
|
|
Parlimen dimaklum kekosongan kerusi Cameron Highlands
17 DISEMBER 2018
SPR
SPR
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini menerima surat pemakluman daripada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands mulai 15 Disember lalu.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata, kekosongan kerusi Parlimen itu berlaku berikutan penyandangnya Datuk C. Sivarraajh telah gagal mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya yang mengisytiharkan bahawa PRU14 bagi kawasan Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah.
Media melaporkan mahkamah tersebut membuat keputusan itu setelah mendapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
"Mahkamah Tinggi juga pada 13 Dis 2018 telah mengeluarkan perakuan menurut Seksyen 36(2)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen P.078 Cameron Highlands pada 9 Mei adalah terbatal," kata Speaker dalam satu kenyataan di sini.
Tarikh akhir bagi Datuk C. Sivarraajh mengemukakan rayuan tersebut ialah 14 Dis lalu.
Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan, katanya. - Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap BN bertanding (letak calun lain) dan menang dan masuk BERSATU :-P
|
|
|
|
|
|
|
|
PRK Cameron Highlands 26 Januari
MyMetroMutakhir
Share
0
Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari tahun depan.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari tahun depan manakala tarikh mengundi awal ditetapkan pada 22 Januari.
Beliau berkata, sebanyak 32,009 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini pada November lalu.
“Tempoh berkempen selama 14 hari dan kos bagi menjalankan PRK ini sebanyak RM3.5 juta,” katanya pada sidang media PRK P078 Parlimen Cameron Highlands di sini hari ini.
Beliau berkata, buat kali pertama dalam sejarah, SPR akan menyiarkan proses pengiraan undi PRK ini secara langsung melalui media sosial SPR seperti Facebook dan Instagram.
“Kita akan ambil kira kesesuaiannya di satu saluran di pusat mengundi yang dipilih. Usaha ini adalah sebagai pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai proses pengiraan undi semasa pilihan raya,” katanya.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada Isnin lalu mengesahkan kerusi Parlimen Cameron Highlands kosong dan PRK bagi kawasan itu akan diadakan dalam masa terdekat.
Pengesahan itu dibuat selepas Mohamad Ariff menerima menerima makluman daripada SPR bahawa penyandangnya sebelum ini, Datuk C Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal ekoran berlakunya rasuah.
Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.
Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 2:19 PM |
|
|
|
|
|
|
|
SPR sedang teliti status Sivarraajh
NOR IDAYU BOSRO
19 Disember 2018 1:55 PM
Sivarraajh
SPR sedang menunggu penasihat undang-undang mengenai status kelayakan Sivarraajh.
PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh layak bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari depan akan ditentukan sebelum hari penamaan calon.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya sedang meneliti dengan lebih lanjut laporan oleh Hakim Pilihan Raya mengenai kelayakan Sivarraajh yang juga penyandang kerusi berkenaan.
“Sekarang SPR juga sedang menunggu penasihat undang-undang daripada pihak berkenaan mengenai status kelayakan tersebut. Selepas keputusan diterima, makluman mengenainya akan dibuat dengan segera.
“Keputusannya itu akan diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas PRK Parlimen Cameron Highlands di sini hari ini.
Semalam, Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran memaklumkan Sivarraajh merupakan antara calon yang akan dipertimbangkan oleh MIC untuk bertanding pada PRK Parlimen Cameron Highlands. - K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|