CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1693|Reply: 4

Awas! Kucing Juga Boleh Dijangkiti Virus Rabies!

[Copy link]
Post time 17-12-2018 05:48 PM | Show all posts |Read mode





Kredit foto: Metro Plus




Seorang warga Britain telah meninggal dunia selepas digigit oleh seekor kucing yang membawa virus rabies di Maghribi.

Justeru, Unit Kesihatan Awam England (PHE) telah mengeluarkan amaran kepada para pelancong supaya berhati-hati dan mengambil tindakan segera dengan membasuh luka atau tempat pendedahan dengan menggunakan sabun dan air jika digigit, dicakar atau dijilat oleh haiwan ini ataupun kelawar.


Nasihat perubatan ini tidak harus diambil mudah walaupun pada mereka yang telah menerima vaksinasi.

Sekiranya seseorang digigit haiwan yang dijangkiti rabies, 24 jam pertama adalah penting dan boleh menentukan antara kehidupan dan kematian. Apabila gejala rabies menjadi jelas, tiada apa lagi yang dapat dilakukan.




Kredit foto: PHE telah memberi amaran tentang virus rabies




Pada mulanya, rabies tidak disebarkan oleh haiwan liar atau haiwan domestik di UK, tetapi di antara tahun 2000 dan 2017 lima penduduk UK dijangkiti rabies selepas haiwan-haiwan terdedah dengan wabak dari luar negara, kata PHE.

Lebih dari 100 tahun telah berlalu sejak wabak rabies dan biasanya ditemui dalam anjing yang ditangkap di negara ini. Namun lebih daripada 50,000 orang mati akibat penyakit ini setiap tahun, terutamanya di negara-negara membangun di mana disebarkan oleh anjing-anjing liar.

Selain vaksinasi ada juga ubat-ubatan dalam bentuk imunoglobulin atau antibodi yang boleh diambil untuk mencegah penyebaran virus tetapi hanya berkesan untuk masa yang singkat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 04:22 PM | Show all posts
bahya gak bela kucing nih..lagi2 kcg kutip kt mana2..xde vaksin semua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:11 PM | Show all posts
Sebab tu kalau bela kucing kena hantar untuk vaksin setiap tahun.  Kalau yang baru diambil dari jalanan tu elok dibawa untuk pemeriksaan doktor haiwan dulu dan divaksinkan baru dibawa pulang.  Semua ni demi menjalin keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 05:34 PM | Show all posts
vet gomen aku dok pi vaksin habaq dah ada kes rabies nih kt malaysia  melalui kucing

dia habaq kucing tuh dijangkiti dek anjng rabies & dia habaq jugak kucing tuh akan menyalak bunyik mcm anjing and aggresive

bab menyalak mcm anjing tuh kalo dia tipu aku taktau la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 10:12 PM | Show all posts
noell replied at 18-12-2018 05:34 PM
vet gomen aku dok pi vaksin habaq dah ada kes rabies nih kt malaysia  melalui kucing

dia habaq ku ...

hihihi...mungkin kot dapat bayangkan kalau kucing mengeram macam anjing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.271679 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list