CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1315|Reply: 7

[Politik] Wak jahid lakukan sogokan masa pemilihan umno dilapor ke sprm

[Copy link]
Post time 16-12-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dakwaan Zahid sogok pemilihan Umno dilapor ke SPRM
16 Dis 2018, 8:02 malam (Dikemaskini 16 Dis 2018, 8:02 malam)

A A
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata laporan tersebut telah dibuat pada Jumaat lalu.

“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.

“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Laporan terhadap Ahmad Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Ia mendakwa presiden Umno itu telah menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.


Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.

Dakwaan Zahid sogok pemilihan Umno dilapor ke SPRM

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaa...sudahh...turun jer laa zahid..org dah x mau .... apa laa degil sgt kome ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahit berundur je la. Kesian kat dr sndr dan org umno
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 09:59 PM | Show all posts
jamal jamban ni tak ada sapa nak suruh dia letak jawatan ker?



[size=1.25em]Dr Ahmad Zahid Hamid perlu berundur atau berehat dari jawatan presiden Umno berikutan isu yang menimpa parti politik itu, gesa Umno Bahagian Sungai Besar di Selangor.
[size=1.25em]Jamal Md Yunos yang merupakan ketua bahagian Umno itu dipetik BH Online berkata keputusan itu diambil selepas pergerakan bahagian itu hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid kerana gagal memulihkan keyakinan dan kepercayaan ahli parti.
[size=1.25em]“Melihat isu semasa, mengenai keadaan politik tanah air, saya dan Umno Sungai Besar berasa gusar. Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi Umno Sungai Besar sudah hilang kepercayaan kepada presiden parti iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[size=1.25em]“Jadi Umno Sungai Besar mendesak supaya Datuk Seri Ahmad Zahid berundur atau berehat daripada memegang jawatan presiden parti untuk memberikan laluan kepada sistem yang ada dalam Umno itu sendiri.
[size=1.25em]“Hari ini saya tegaskan Sungai Besar adalah bahagian penyokong kuat kepada presiden Umno dengan itu Sungai Besar mengumumkan kami menarik kembali sokongan kami kepada presiden kerana kami melihat presiden tidak berupaya untuk menangani krisis yang berlaku sekarang ini.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mana boleh undur, kena terus istiqamah. klu nak sangat undur, tunggu pemilihan lagi 5 tahun bak kata Nurul bin zahid
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 06:30 AM | Show all posts
Login_ID replied at 16-12-2018 06:04 AM
mana boleh undur, kena terus istiqamah. klu nak sangat undur, tunggu pemilihan lagi 5 tahun bak kata ...



tu anak dia ckp ... tuan badan ckp kalau nak suruh dia undur kena ada PAU - kena semua ahli dtg mengundi mcm pemilihan hari itu.

Ini lah orang kata .. idung tak mancung pipi tersorong sorong. Tapi ahli UMNO pun mcm tak ada telor. Kalau berani buat lah usul tak percaya. Reramai turun sings minta Zahid turun.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 06:37 AM | Show all posts

UMNO ni sebenarnya ada advantage jadi pembankang yang kuat. Boleh lantang bersuara di Parlimen. Lantang tu bukan mcm lantang tong kosong si pasir salak dgn kinabatangan. Dua ekor (sorry geram sgt) ni layak masuk parlimen hutan jer. Contoh Noh Omar. Time dia bantai  waythamoorthy  kita pun rasa wahh hebat juga mamat ni ya. Kita perlukan wakil BN yg berpengalaman dan berani utk  menegur kerajaan.

Tapi itulah BN ni cepat nar mengalah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 17-12-2018 06:37 AM
UMNO ni sebenarnya ada advantage jadi pembankang yang kuat. Boleh lantang bersuara di Parlimen. La ...

True, kaka. I is setuju dengan you cakap. Depa pun bagus bila cakap berdasarkan fakta, tapi gigil sangat bila takdak duit ni, pastu nak lompat parti pulak. Lembiklah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.105435 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list