|
Filem seram selalu dinanti-nantikan oleh peminat kerana jalan ceritanya yang menggegarkan panggung wayang dan barisan pelakonnya yang mampu membawakan watak dengan berkesan. Tapi sedarkah anda bahawa tidak seperti watak utama, kita lebih mengenali watak hitam dengan panggilan wataknya dan bukan nama sebenar?
Kredit foto: NickiSwift.com
Ramai yang mengenali Freddy Krueger, watak seram dalam A Nightmare on Elm Street tetapi tidak mengenali pelakonnya Robert Englund. Begitu juga nama watak hantu Kayako dalam The Grudge lebih diingati berbanding pelakonnya Takako Fuji.
Menurut NickiSwift.com, berikut beberapa wajah pelakon watak seram yang mungkin anda tidak kenal;
1. Bonnie Aarons (The Nun)
Kredit foto: NickiSwift
Bonnie Aarons berusia 39 tahun dan sebelum ini memegang beberapa watak kecil dalam filem seperti The Princess Dairies 1 dan 2, tetapi anda mungkin mengingatnya sebagai biarawati Valak yang menakutkan dalam The Conjuring 2 dan The Nun. Menurut Taissa Farmiga, pelakon utama filem itu karektor Aarons serta merta berubah selesai sahaja jurumekap menyiapkan wajahnya. Malahan, tidak ada pelakon yang mahu mendekatinya ketika waktu rehat penggambaran kerana auranya yang menakutkan.
2. Takako Fuji (The Grudge)
Kredit foto: NickiSwift
Filem The Grudge (2004) adalah lakonan semula sebuah filem seram Jepun. Pengarahnya asalnya Takashi Shimizu bersetuju mengarahkan filem versi Amerika tersebut dengan syarat pelakon watak hantunya Takako Fuji juga dikekalkan.
3. Bonnie Morgan (Rings)
Kredit foto: NickiSwift
Satu lagi adaptasi filem seram karya Jepun ke Amerika. Watak utama perempuan yang mati juga ditukar daripada Sadako kepada Samara dan dilakonkan oleh Daveigh Chase. Walau bagaimanapun, kebanyakan aksi menyeramkan dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Bonnie Morgan, seorang ahli akrobatik yang mempunyai kemahiran meliukkan badannya.
4. Paul T. Taylor (Hellraiser: Judgement)
Kredit foto: NickiSwift
Walaupun tidak menuturkan sebarang kata-kata tetapi watak Paul T. Taylor dalam Hellraiser: Judgement sangat meninggalkan kesan kepada penonton. Malangnya selepas penggambaran filem ini beliau disahkan mengidap Hepatitis C dan terpaksa melepaskan wataknyakepada orang lain dalam sekuel seterusnya.
5. Jonathan Breck (Jeepers Creepers)
Kredit foto: NickiSwift
Muncul dalam pelbagai siri TV dan filem termasuk Beat Boys, Beat Girls, Good Advice, Spiders, I Married a Monster, JAG, Star Trek: Voyager, V.I.P., and Push tetapi lebih dikenali dengan watak seram dalam Jeepers Creepers.
6. Sofia Boutella (The Mummy)
Kredit foto: NickiSwift
Sofia Boutella asalnya seorang penari latar dan muncul dalam video Madonna dan Rihanna dan beberapa muzik video. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perfileman kerana beliau adalah peminat tegar filem seram.
7. Bill Skarsgård (IT)
Kredit foto: NickiSwift
Pemilihannya memegang watak seram dalam IT mulanya dipertikaikan kerana wajah kacaknya. Walau bagaimanapun, beliau membuktikan bahawa pemilihannya adalah tepat apabila berjaya membawa intensiti dalam karektor watak Pennywise, berbeza daripada watak yang sama dalam siri TV sebelumnya. Sayangnya, beliau mendapati agak sukar melepaskan aura watak ini kerana beliau sukar mencapat tawaran lain selepas filem ini ditayangkan.
8. Ken Kirzinger (Freddy vs. Jason)
Kredit foto: NickiSwift
Pernah menceburi bidang sukan dan mewakili University of British Columbia, beliau kemudiannya beralih ke bidang stunt selepas kecederaan sukan. Beliau kemudiannya menjadi terkenal dengan watak seram dalam Freddy vs. Jason.
Mungkin kerana mekap, solekan yang tebal atau topeng yang dipakai, wajah sebenar mereka jarang muncul dalam poster promosi menyebabkan ada perminat yang mungkin tertanya-tanya, bagaimanakah rupa sebenar mereka di sebalik watak tersebut. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|