Ramai tertanya-tanya apa istimewanya Meghan Markle, seorang aktres, sehinggakan dipilih oleh Putera Harry sebagai isterinya. Namun, jawapannya pasti hanya Putera Harry yang tahu.
Sumber foto: harpersbazaar.com
Sehingga ke hari ini, Putera Harry dilihat terlalu mempertahankan Meghan walau apa sahaja yang dilakukannya. Dari awal lagi, beliau tidak mengambil kira pendapat abangnya, Putera William, selepas perjumpaan keluarga kali pertama dengan aktres tersebut.
Sebelum ini, Putera William dikatakan tidak begitu bersetuju dengan pilihan Putera Harry. Hal ini mengakibatkan ketegangan antara mereka berdua.
Namun, apakah sebab di sebalik sikap Putera Harry yang sedemikian?
Menurut sumber dari pihak Istana Kensington, Harry sangat mencintai Meghan dan sumber berpendapat beliau mahu melindungi Meghan kerana dahulu tidak dapat melindungi ibunya sendiri, iaitu Puteri Diana kerana beliau masih lagi kanak-kanak.
Sumber foto: people.com
Puteri Diana meninggal dunia sewaktu Putera Harry dan William masing-masing berusia 12 dan 15 tahun.
Kematian mengejut ibu mereka meninggalkan kesan mendalam buat Putera Harry. Justeru kali ini beliau nekad melindungi isterinya, Meghan dan anak mereka yang bakal lahir.
Sumber foto: harpersbazaar.com
Keputusan untuk berpindah keluar dari Istana dibuat setelah mempertimbangkan permintaan Meghan untuk membesarkan anak mereka secara normal dan tidak terikat dengan adat istiadat diraja.
Puteri Diana suatu ketika dahulu sering dibelenggu dengan pihak media. Justeru Putera Harry tidak mahu perkara sama berulang kembali dalam keluarganya.
Sumber foto: harpersbazaar.com
Apa pendapat anda? Bolehkah keluarga diraja memilih hidup normal seperti rakyat biasa? -CARI |