CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2876|Reply: 17

[Jenayah] 'Selamba' buang sampah tepi sungai

[Copy link]
Post time 11-12-2018 07:02 PM | Show all posts |Read mode


Warga emas terbabit tanpa rasa bersalah membuang tempurung kelapa di tepi sungai.


NILAI - Tanpa rasa bersalah, seorang lelaki mengaku selalu membuang longgokan tempurung kelapa di tepi sungai di Kampung Abdullah Mantin di sini.

Perbuatan warga emas berkenaan dikesan Ahli Majlis Perbandaran Nilai (MPN), V Yogeswaran yang membuat rondaan di kawasan itu minggu lalu.

Menurutnya, paling dikesali apabila lelaki itu memberi alasan longgokan tempurung kelapa itu tidak lama di situ kerana akan dibawa arus sungai apabila hujan lebat.

“Mungkin dia tak kenal saya sebagai ahli majlis, tapi itu tak penting kerana yang jadi persoalan kenapa sesuka hati buang di tempat tak sepatutnya.

“Saya sempat beri nasihat supaya selepas ini tidak lagi jadikan lokasi itu sebagai tempatnya membuang sampah, tetapi seperti tidak diendahkan,” katanya.

Yogeswaran berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati lelaki terbabit menjalankan perniagaan santan di kawasan berhampiran.

Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan masih ramai yang tidak mengambil serius tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai.

“Saya memandang serius perkara ini kerana dari sikap tidak bertanggungjawab sebeginilah mengundang masalah besar antaranya pencemaran sungai dan banjir kilat.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) telahpun ambil pelbagai inisiatif mendidik masyarakat, tapi ada yang masih degil,” katanya.

Katanya, dalam tempoh tujuh bulan memikul tanggungjawab sebagai ahli majlis, banyak aduan diterima berkenaan masalah serupa.  

Tambahnya, individu yang didapati bersalah membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya boleh didenda RM5,000.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je, baru nak insaf kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:31 AM | Show all posts
alahai apek sukati kau je nk buang sampah merata. patut pn kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:37 AM | Show all posts
pihak berkuasa sila jangan segan silu nak sama apek tua neh

wei apek lu kasi jual itu tempurun lol

nanti dapat wang lu kaya ma
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 12:23 PM | Show all posts
tempurung kelapa ok lg sbb lama2 hancur gak..tp kalo selamba buang pelastik dlm sungai camtu mmg selayaknyalah apek tua tu kena tempeleng on the spot
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 12:23 PM | Show all posts
Patutnya disaman je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Campak je dia sekali bersama tempurung2 itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:36 PM | Show all posts
benda cam ni la yg memburukkan non muslim

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 02:09 PM | Show all posts
seeloknya disaman on the spot
dengan kadar saman yang tinggi

marilah bersama2 menjaga kebersihan alam sekitar
dapat mengelakkan pembiakan nyamuk aedes dan memberi persekitaran yang bersih
marilah samam2 mendisplinkan diri kita
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempurung tu bagi kat aku la ngok...aku nak buat Coconut Charcoal...charcoal paling mahal diperbuat dr tempurung utk bakar tembakau shisha dan bakhoor.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 03:13 PM | Show all posts
patut saman je……………..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah kebersihan....elok saman je baru dia serik.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarik je lesen berniaga dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:10 AM | Show all posts
ku hempokk nyawa apek ni nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 12-12-2018 12:23 PM
tempurung kelapa ok lg sbb lama2 hancur gak..tp kalo selamba buang pelastik dlm sungai camtu mmg sel ...

Nanti tempurung tu membusuk masam sebab masih ada sisa-sisa kelapa dalam tu. Pastu tikus mai..pastu kencing tikus pulak. Sisa makanan tak boleh buang tepi2 sungai ni. Jadi sarang tikus nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 10:21 AM | Show all posts
kotor sungai tu nanti kesannya sampai ke lembah Klang bekalan air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 15-8-2022 10:27 AM

Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun ....Negara  merdeka berdaulat yg majoriti penduduknya beragama Islam....kepimpinan diterajui oleh orang islam....islam yang berteras pada nilai , kebersihan iteww adalah agama.....

Dimanakeww silapnya kita?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 11:04 AM | Show all posts
tetiba thread tahun 2018 naik balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060164 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list