|
Tahniah kepada pelakon, Rozita Che Wan (Che Ta), salah seorang penerima Anugerah Majalah Nona 2018 yang mengiktiraf kejayaan wanita dalam pelbagai bidang.
Che Ta menerima penghargaan Nona Fashionista Award 2018 atas sumbangannya mempromosikan pereka fesyen tempatan.
Kredit foto: Instagram
Antara nama-nama besar turut menerima anugerah pada majlis gemilang yang berlangsung pada 4 Disember itu ialah Neelofa, Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan mantan menteri, Tan Sri Rafidah Aziz yang menerima anugerah utama, Superwoman of The Year 2018.
Kredit foto: Instagram
Namun, di sebalik gosip panas yang bertiup kencang mengatakan rumah tangga Che Ta dan pelakon muda, Zain Saidin sedang goyah, suaminya menepis khabar angin itu dengan memuat naik ucapan tahniah atas kejayaan isterinya itu di Instagram.
Kredit foto: Instagram
Ucapan yang penuh romantis itu disambut nakal oleh Che Ta dan mengajak Zain untuk masuk ‘tidur awal’ malam itu.
Kredit foto: Instagram
Peminat yang membaca perbualan menggoda suami isteri ini kemudiannya menasihati Zain untuk ‘mengasah lembing elok-elok’ sempena malam Jumaat.
Ada juga yang berseloroh mengatakan anak bongsu mereka pasti teringin adik baru dan meramalkan Che Ta bakal membuka buku merah jambu baru sedikit masa lagi.
Kredit foto: Instagram
Nampaknya, di sebalik gosip panas mengatakan hubungan suami isteri ini sudah mula berantakan, ternyata mereka berdua masih romantis dengan satu sama lain seperti pasangan pengantin baru.
Didoakan agar ikatan mereka terus kekal hingga ke anak cucu. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|