CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7252|Reply: 26

"Terus Menjandalah Jawabnya..." - Anak Tak Izinkan Mas Idayu Kahwin La

[Copy link]
Post time 10-12-2018 12:42 PM | Show all posts |Read mode
"Agaknya mereka takut kerana menyangkakan saya seorang yang garang."



Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu tidak menolak untuk berkahwin lagi, lapor Berita Harian.




Kredit foto: IG Mas Idayu




Namun, penyanyi berusia 49 tahun itu mengakui dia berasa hairan kerana tiada lelaki berani mendekati dirinya.

"Takkanlah saya pula yang terpaksa mengejar lelaki?" ujarnya berseloroh.



Bercerita mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Mas Idayu mendedahkan dia lebih cenderung memilih lelaki lebih berusia.




  


"Saya sebenarnya lebih suka lelaki berusia kerana mereka akan menjaga kita dengan baik, selain membuat saya berasa lebih selamat.

"Tetapi, apabila ada yang mendekati, biasanya lelaki itu lebih muda. Saya tidak mahu lelaki muda kerana biasanya, golongan itu hanya mahu mengikis duit kita," ujarnya.


Pun begitu, Mas Idayu akui sukar baginya membuka kembali pintu hatinya apabila dia harus mengambil kira perasaan anak tunggalnya, Nur Dayini Ashiqah yang tidak mengizinkannya mencari pengganti.


Katanya, Dayini bimbang dirinya tidak lagi disayangi jika Mas Idayu berkahwin lain.




  


"Cakapnya itu membuatkan saya terpaksa berfikir panjang. Sebelum ini, apabila bekas suami berkahwin semula, dia menangis.

"Katanya, papa sudah tidak sayang dia lagi apabila berkahwin lain hingga saya terpaksa menasihatkannya supaya reda dengan jodoh bapanya.

"Saya pujuk dia dengan memberitahu, sekurang-kurangnya nanti, ada orang yang boleh menjaga papanya.

"Kalau begini gayanya, nampaknya sampai bila-bila saya akan terus menjanda," katanya.


Mas Idayu dan pelakon Aman Graseka berkahwin pada 1997 dan berpisah pada 2006.


Alahai, kesian pula pada Dayini. Agaknya berapa lama dia akan merajuk jika Mas Idayu berkahwin lain kelak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 01:14 PM | Show all posts
Abby Yus ado
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:14 PM | Show all posts
xpe.. timun ada... terung pun ada...xde hal la
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sofa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe... Janda janda pon boleh dpt terung pree khen
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:00 PM | Show all posts
anak nya kejam
ntn dia kawen ada laki mak nya plk sorang2
bkn kecik lg pn anak nya

selfish
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2018 03:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:10 PM | Show all posts
cari la org tua baya2 laki maria farida tu..elok tua dah umur ko mami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama juga dia kawen ngan aman graseka tu sbb kawen rahsia takda sapa tahu kan.
Igt setahun dua je kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi ada isi la jugak komen komen dia kt mentor
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak matang anaknyaaa nAK buat camne Muda lagi sel otak tK bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:00 PM | Show all posts
apsal gambar mula2 kurus?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:05 PM | Show all posts
seramnya muka dia..
dah takde keaslian..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:11 PM | Show all posts
Aku suka dia sejak dia jd juri kat mentor
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah mak dia nak kawin, ni mesti takut mak tak sayang dah nnt. Nnt ko kawin tinggal la mak tu sorang2 or ko nak bawak tinggal sekalinkot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:54 PM | Show all posts
knp mek rasa lau x sbb amalina tu hilang dr rada, hehe ni x kemana sbnrnya...
sbb dlu ssh kot nk kalahkan hemalina ter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 05:04 PM | Show all posts
anak anak macam tu la...... dia lupa nanti bila diaorang dah kawen, mama dia tinggal sorang


Anak ai pun macam ni...... bapak dia kawen lain dia ok je....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelenyar mami sofa ni meols tbayang2 lg msg sheols ngn jate ank ikan tu sheols bgitau tgh gersang tp ada ank kt umh jd jate tu xleh dtg skrg euuuwwwsw
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anaknya belum matang. Semoga tiba cepat tahap tu nnt. Kesian ayusofa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam naw anak..kesian mummy dahagakan kasih dan belaian seorang lelaki..takot nanti memberontak she pose2 manja atas sofa ceklat pulak,lulz..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.130268 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list