CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3443|Reply: 18

Ariana Grande Dedah Mantan Kekasih Pernah Mendengar 'Thank U,Next' Sebelum Dipas

[Copy link]
Post time 10-12-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Ariana Grande mengejutkan peminatnya apabila mengeluarkan sebuah lagu baru baru-baru ini sedangkan album terbarunya Sweetener baru sahaja mula dipasarkan bulan Ogos lepas. Lagu barunya bertajuk 'Thank U, Next' itu dikatakan mesej tersirat terhadap bekas tunangnya Pete Davidson.



Kredit foto: Bustle




Lagu baru Ariana yang mula dipasarkan bulan lepas itu susulan kelancangan Pete mempersendakan kisah cinta singkat mereka di Twitter dan rancangan komedi Saturday Night Live (SNL). Lirik lagu itu mengisahkan semua cerita cinta Ariana yang lepas termasuk dengan Pete di mana Ariana mengatakan beliau bersyukur walaupun perkahwinan mereka tidak berlangsung dan beliau mempelajari sesuatu daripada barisan mantan kekasihnya antaranya penyanyi Big Sean, penyanyi rap Mac Miller dan penari latarnya Ricky Alvarez.




Kredit foto: Capital FM




Pete dan Ariana pernah dipuji-puji media sebagai pasangan paling popular tahun 2018 tetapi malangnya hubungan mereka berakhir dengan singkat. Ariana selama ini tidak pernah bercerita di media mengenai punca perpisahan mereka, sebaliknya menyibukkan dirinya dengan promosi album baru dan konsertnya untuk Sweetener.






Kredit foto: Elite Daily





Pete bagaimanapun beberapa kali berlawak mengenai hubungan singkat mereka mungkin kerana kerjayanya sebagai ahli komedi SNL. Dalam promosi terbaru rancangan SNL bulan lalu, Pete melakonkan adegan melamar pelakon Maggie Rogers. Apabila Maggie menolak lamarannya, Peter berlawak 'oh, ini kali ketiga lamaranku ditolak, 3-0' katanya, mengaitkan hubungannya dengan Ariana.





Kredit foto: Page Six



Kredit Foto: Hyperbeast


Menurut sumber, Ariana tersinggung dengan lawak Peter tersebut dan menulis sebuah lirik sebagai balasan kebiadabannya. Untuk menambahkan lagi impaknya, Ariana mengumumkan penjualan lagu itu 30 minit sebelum rancangan SNL disiarkan.  Selain menegur Pete, lirik lagu itu turut meluahkan rasa sedih Ariana terhadap kematian bekas teman lelakinya penyanyi hip-hop Mac Miller, yang dianggapnya 'malaikat yang baik'.



Kredit foto: Lirik cc




Di akhir rancangan SNL, Pete berkata dia berharap media tidak lagi memperkatakan kisah cinta mereka. 'Ariana seorang yang baik, kuat dan saya mendoakan dia akan mendapat kebahagian di masa depan' katanya.

Dalam pada itu, Ariana mengesahkan bekas teman lelakinya Big Sean dan Ricky Alvarez pernah mendengar lagu Thank U, Next sebelum dipasarkan.

Malah, menerusi satu temuramah bersama Billboard baru-baru ini, Ariana juga mendedahkan Pete turut pernah mendengar lagu tersebut sebelum kita semua mendengarnya. Wow! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2018 01:11 PM | Show all posts
Sedap lagu ni, bukanlah cacian untuk ex dia sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:02 PM | Show all posts
lagu ni memang best ...
sweet ... ok lah ...
kalau Tay Tay .. ermmm only Tay Tay Haters tau kot
sebab me ... sort of like Tay Tay songs .. ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg sorg jenis kapel n break up for publisiti n promote lagu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2018 03:42 PM | Show all posts
Spicymami replied at 10-12-2018 03:32 PM
Lg sorg jenis kapel n break up for publisiti n promote lagu

Dia nak lawan Taylor Swift ni

Sekejap putus sekejap ON

Cipta lagu stp kali putus cinta
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Taste bf ariana ni teruk2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2018 05:49 PM | Show all posts
armin replied at 10-12-2018 04:55 PM
Taste bf ariana ni teruk2.

Masih muda katakan, dia pilih bf ikut nafsu je
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 05:49 PM
Masih muda katakan, dia pilih bf ikut nafsu je

Kalau nk tukar2 bf mcm tay tay tu at least carila yg semenggah. Exbf taytay semuanya aummm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 12:45 PM | Show all posts
banyak nye ex...
org lawo yek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 04:13 PM | Show all posts
armin replied at 10-12-2018 10:57 PM
Kalau nk tukar2 bf mcm tay tay tu at least carila yg semenggah. Exbf taytay semuanya aummm



Bf dia yg ini Big Sean OK sikit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 11-12-2018 04:13 PM
Bf dia yg ini Big Sean OK sikit kan?

Bolehla, pete tu paling teruk mcm freeloader duduk rumah ariana
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 06:37 PM | Show all posts
Ok...thank you, next please
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 03:42 PM
Dia nak lawan Taylor Swift ni

Sekejap putus sekejap ON

Duit dri hsil jualan album pun msuk 24/7 kdalam bank acc dorg. Huntung lh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 10-12-2018 04:55 PM
Taste bf ariana ni teruk2.

Start dri Ricky.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 3-1-2019 12:54 AM
Start dri Ricky.

Sheols pun hauk kan buat untung guna ex heols yg mati tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by gideoncross at 6-1-2019 09:24 PM
armin replied at 5-1-2019 11:34 AM
Sheols pun hauk kan buat untung guna ex heols yg mati tu


Yep, tu lh lgu "Thank U, Next" ni exes nak sbut, klau btul knapa minah Ariana ponytail ni x masukkn nma Jai Brooks? Tu dlu bf dia yg pling syg kn dia tpi broke up psl msa tu kengkonon tgh shoot MV "The Way" dgn mendiang Mac. Minah ni pun ditched bapak bliau sbab xsama dri segi political ideology tpi dlm lagu ni dia sbut bapak dia lol, nyesal ke? Btw Ricky & Ariana dh brbaik2 masa ni, kta x dating mcm biasa, just friends lh kata kn tpi tngok je lh nnti, konpom jadi couple blik sbab minah mrenyam ni mna tahan klau xde llaki dlm hidup dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 12:23 PM | Show all posts
iols suka lagu ni. sebab mcm menyampaikan mesej yang positif. love yourself dulu gitteww
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:43 PM | Show all posts
Strategy marketing pun ia ni salah satu cara tarik pendengar
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 8-1-2019 12:43 PM
Strategy marketing pun ia ni salah satu cara tarik pendengar

Hollywood lh katakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.318708 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list