Pencalonan bagi anugerah tertinggi industri muzik, Grammy yang ke 61 baru sahaja diumumkan hari ini. Setiap tahun pasti ada sahaja peminat yang akan meroyan tidak puas hati apabila artis kesayangan mereka tidak menerima sebarang pencalonan, terutamanya bagi empat kategori utama: Record of The Year, Album of The Year, Song of The Year dan Best New Artist.
Kredit foto: Grammy.com
Tahun ini kejutan paling utama adalah kegagalan nama-nama besar seperti Ariana Grande, Taylor Swift, Beyonce, Nicki Minaj, Carrie Underwood, Ed Shereen, Jay-Z dan BTS untuk mendapat sebarang pencalonan dalam kategori utama tersebut.
Kredit Foto: Buzzfeed
Walaupun ada di antara mereka yang menerima pencalonan, tetapi ianya hanyalah untuk kategori bukan utama.
Kredit Foto: Carian Google
Nicki Minaj langsung tidak menerima sebarang pencalonan, manakala album Reputation oleh Taylor Swift hanya mendapat satu pencalonan untuk Album Pop Terbaik. Begitu juga dengan Beyonce, Jay-Z , BTS dan Ariana yang hanya mendapat pencalonan dalam kategori sampingan. Tidak hairanlah peminat artis-artis besar ini meluahkan perasaan tidak puas hati mereka sejurus selepas pengumuman pencalonan itu selesai.
Kredit foto: Carian Google
Seorang peminat Taylor Swift juga berang kerana Grammy bermati-matian menggunakan nama Taylor dalam promo untuk menarik penonton tetapi Taylor hanya mendapat 1 pencalonan dalam kategori kecil.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Peminat Ariana juga menuduh pencalonan Grammy bagi penyanyi itu dalam kategori kecil adalah satu penghinaan.
Kredit foto: Twitter
Seorang peminat Nicki merungut dan menjangkakan siaran anugrah Grammy tahun ini tidak akan ada penonton kerana tidak ada nama-nama besar tercalon dalam kategori utama.
Kredit Foto: Twitter
Nampaknya, rumah belum siap tetapi pahat sudah berbunyi. Kita nantikan apa pula ceritanya apabila pemenang diumumkan pada malam anugerah pada 10 Februari tahun hadapan. - CARI |