"Tik Tok itu adalah benda atau alat. Ia tidak salah. Yang perlu diuruskan adalah sikap atau perbuatan."
Selepas melihat keparahan segelintir golongan wanita terlalu ghairah 'berTikTok', Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menyuarakan pendapatnya mengenai perkara itu.
Kredit foto: IG PU Azman
PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 37, menasihati pengguna Tik Tok terutama kaum Hawa supaya menggunakan aplikasi itu dengan betul supaya terhindar dari fitnah, sekali gus memelihara maruah diri.
"Risiko fitnahnya sangat besar. Korang adalah makhluk bernama wanita yang dijadikan Allah dengan sangat cantik. Maka, simpanlah kecantikan dan video itu untuk suami korang nanti," nasihatnya.
Rata-rata netizen menyatakan persetujuan berhubung perkara itu menerusi ruangan komen.
Foto: Twitter
Janganlah murah hati belanja aset sampai kenyang mata orang
Dalam masa sama, ada yang berpendapat bahawa aplikasi sedemikian ada baiknya diboikot saja.
Pun begitu, segelintir pengguna bersetuju Tik Tok juga boleh membawa kebaikan, sekiranya digunakan dengan betul.
Tik Tok tak semestinya bawa maksiat je...
Kredit foto: IG PU Azman
Semoga gejala sosial yang semakin parah di negara kita dapat dipulihkan. - CARI |