Foto: IG Jasmine Suraya Chin
Selepas kejayaan filem PASKAL, mencurah-curah rezeki Jasmine Suraya Chin.
"Saya akui, filem ini membuka banyak peluang baru untuk saya. Biarpun saya tidak memegang watak utama, filem ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
"Ramai yang mula membuka mata dengan bakat lakonan saya dan tawaran juga semakin banyak. Saya bersyukur kerana selepas filem ini mula ditayangkan, kerjaya lakonan saya menunjukkan perkembangan yang sangat baik," katanya kepada Astro Gempak.
Aktres yang berasal dari Sarawak ini juga bersa bertuah kerana terlibat dalam PASKAL yang banyak mencatatkan kenangan manis baginya.
"Terlalu banyak perkara yang positif yang saya dapat dari PASKAL The Movie. Filem ini mencipta banyak sejarah tersendiri dan semuanya manis-manis belaka.
"Saya menanti untuk terlibat dengan projek sebegini di masa akan datang dan berharap akan ada tawaran yang baik untuk saya."-CARI
|